[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
LIFESTYLE

Syarikat telekomunikasi Britain pikat hati pengguna dengan pizza percuma

Syafique Shuib 13/08/2015 | 16:36 MYT
Dan May ditawarkan pizza percuma selama setahun dari syarikat telekomunikasi O2. -Gambar: Twitter/Dan May
Dua syarikat telekomunikasi di Britian iaitu Three dan O2 cuba untuk memikat hati seorang pengguna dengan pemberian pizza secara percuma.
Pada asalnya, O2 menawarkan pizza percuma kepada pengguna Twitter yang membalas tweet dengan alamat dan satu hashtag tertentu.
Seorang pengurus pembangunan perniagaan, Dan May membalas tweet berkenaan dengan alamat beliau dengan harapan untuk mendapatkan pizza percuma daripada syarikat telekomunikasi berkenaan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Namun jejaka berusia 24 tahun itu tidak menerima apa-apa daripada O2.
Tidak berpuas hati, Dan May memuatnaik sebuah lagi tweet, namun yang membalasnya adalah pesaing syarikat O2 iaitu Three.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tidak mahu mengalah, O2 membalas tweet berkenaan dan menawarkan Dan May pizza percuma untuk setahun.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Namun disebalik gimik ini, terdapat laporan bahawa Three dan O2 akan digabungkan jika mendapat lulusan Suruhanjaya Eropah.
Jika ia diluluskan, Three dan O2 bakal menjadi pesaing utama Vodafone dan EE.
#Dan May #EE #O2 #pemasaran #three #Twitter #Vodafone