Walaupun masih belum boleh mengatasi komputer peribadi dan komputer riba dalam mengakses internet, namun tablet merupakan antara gajet yang paling banyak digunakan selepas telefon pintar dalam melayari laman sesawang di internet.

Kajian ini dilakukan oleh Adobe Digital Index yang mengesan 100 bilion akses ke lebih 1000 laman sesawang secara global dari 2007 sehingga 2013 dan menunjukkan bagaimana cepat tablet digunakan dan bagaimana banyak ia melayari paparan halaman.

Kajian itu memantau laman web yang digunakan di Amerika Syarikat, China, UK, Kanada, Australia, Jepun, Perancis dan Jerman dan mendapati bahawa pengguna telefon pintar membuat 7% paparan halaman dan tablet 8%.

Pada tahun 2007 iPhone dilancarkan dan pada tahun yang sama telefon pintar telah tercipta.

Walaubagaimanapun iPad yang pertama dilancarkan pada tahun 2010, tiga tahun selepas terciptanya iPhone. Selain menjadi produk baru dengan harga yang agak tinggi juga, iPad menjadi pilihan para pengguna.

Malah iPad telah mengatasi telefon pintar dalam melayari laman sesawang. Kebanyakan pengguna menggunakan iPad hanya untuk melayari laman web.

Adobe mendapati bahawa pengguna tablet melihat lebih dari 70% halaman pada satu-satu lawatan ke mana-mana laman web berbanding dengan telefon pintar.

Kebanyakan pengguna tablet lebih suka melakukan aktiviti membeli-belah secara online, selain laman web perlancongan, automotif dan hospitaliti.