Tak mampu buat cara tak mampu, lelaki ini ubah basikal jadi 'superbike'

Astro Awani
Julai 23, 2019 00:41 MYT
Video yang mula tular di laman sosial ini memaparkan lelaki berkenaan menaiki sebuah superbike jenis Kawasaki berwarna hijau. Foto: Facebook/@Kementrian Humor Indonesia
PASTI impian ramai golongan lelaki adalah untuk memiliki motosikal berkuasa tinggi atau superbike.
Sama ada kerana meminati bidang automatif atau mahu tampak maskulin, memiliki superbike pasti memberi kepuasan buat pemiliknya.
Bagaimanapun, mungkin kerana harga superbike yang agak mahal dengan jumlah pendapatan yang agak terhad, ia menjadikan halangan untuk memilikinya.
Namun itu tidak menghalang seorang lelaki dari Indonesia ini yang mahu memiliki superbike dengan hanya menggunakan sebuah basikal.
Video yang mula tular di laman sosial ini memaparkan lelaki berkenaan menaiki sebuah superbike mirip jenis Kawasaki berwarna hijau.
Selepas diamati, nyata ia hanyalah sebuah basikal yang diubahsuai.
Ternyata inovasi yang dicipta ini menimbulkan perasaan kagum dalam kalangan netizen yang rata-rata turut memuji kreativi lelaki itu.
#automatif #basikal #Indonesia #kreatif #superbike