Tak perlu pelitup muka bagi yang sudah lengkap vaksin? Ini respons warganet

Hasimi Muhamad
Oktober 23, 2021 10:59 MYT
Tinjauan pendapat dijalankan susulan terdapat pandangan di peringkat antarabangsa bahawa mereka yang lengkap divaksin tidak lagi perlu memakai pelitup muka, termasuk di tempat awam - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Lebih 10,300 responden di laman sosial Twitter dan YouTube Astro AWANI tidak bersetuju dengan cadangan untuk membuka pelitup muka meskipun mereka telah lengkap divaksinasi.
Tinjauan pendapat tersebut dijalankan susulan terdapat pandangan di peringkat antarabangsa bahawa mereka yang lengkap divaksin tidak lagi perlu memakai pelitup muka, termasuk di tempat awam.
Sejumlah 67 peratus atau 8,710 responden di laman YouTube menyatakan tindakan membuka pelitup muka boleh meningkatkan risiko penularan COVID-19, sementara 72.5 peratus (1,647) di Twitter turut meluahkan kebimbangan yang sama.

Ada pandangan di peringkat antarabangsa melaporkan bahawa mereka yang lengkap divaksin tak perlu pelitup muka. Apa pandangan anda?#AWANItanya #MalaysiaSihat

— Astro AWANI (@501Awani) October 22, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurut pengguna Twitter bernama 'reus suparjo (@Roonaldoo12), pemakaian pelitup muka masih wajar dilakukan memandangkan keadaan pandemik masih belum pulih.
"Ini kerana, tidak semua individu di luar sana menitikberatkan langkah pencegahan COVID-19 terhadap diri sendiri. Setidaknya kita dapat terhindar daripada dijangkiti," demikian tulisnya.

Keadaan belum pulih sepenuhnya, wajarlah kita perlu memakai pelitup muka kerana tidak semua individu di luar sana menitikberatkan langkah pencegahan covid terhadap diri sendiri. Setidaknya kita dapat terhindar daripada dijangkiti.

— 'reus suparjo (@Roonaldoo12) October 22, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, Mohd Azrai (@muhd_azn) menegaskan, walaupun sudah lengkap divaksin, seseorang individu itu masih berisiko untuk dijangkiti COVID-19.

Walaupun dah lengkap divaksin, kita masih berpeluang untuk dijangkiti Covid-19. Jadi, pakailah pelitup muka.

— _ (@muhd_azn) October 22, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Abu Fahyim pula menambah: "Kerajaan kata kita semua akan hidup bersama COVID-19 selepas ini. Jadi, jangan bagi muka kepada 'kawan baru' ini. Teruskan tutup muka kita sampai hilang 'kawan' ini."
Bagi pengguna media sosial bernama Black Dynamo pula, pemakaian pelitup muka sudah menjadi kebiasaan buatnya, dan ia disifatkan sebagai tidak membebankan.
"Nak keluar rumah automatik kepala ingat topeng (pelitup muka). Jadi, langsung tidak membebankan pun bagi saya. Lagipun pelitup muka ini bukan sahaja untuk COVID-19 semata-mata, (tetapi) ia boleh juga mengelakkan kita daripada jangkitan penyakit lain, contoh batuk dan selsema," katanya.
Bagaimanapun, sekurang-kurangnya 4,000 responden meliputi 624 orang di Twitter dan 3,376 (YouTube) memilih bersetuju untuk tidak memakai pelitup.
"Tak wajib kalau dah cukup dos (vaksin). Nak pakai atau tak pakai atas hak individu tetapi mesti sudah cukup dos," luah pengguna bernama Wan Jaafar.
Arab Saudi antara negara yang tidak mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam bagi individu yang sudah divaksin sepenuhnya.
Bagaimanapun, arahan itu tidak terpakai di Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah.
Selain itu, kelonggaran turut diberikan apabila penjarakan fizikal bukan lagi satu kewajipan semasa majlis sosial termasuk semasa berada di dalam pengangkutan awam, restoran dan pawagam.
#tidak pakai pelitup muka #COVID-19 #tinjauan pendapat #laman sosial