awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tak perlu tunggu solat Jumaat selesai, wanita boleh sembahyang Zuhur terus

Sinar Harian
Sinar Harian
08/03/2024
04:10 MYT
Tak perlu tunggu solat Jumaat selesai, wanita boleh sembahyang Zuhur terus
Golongan wanita boleh terus menunaikan solat Zuhur pada hari Jumaat jika sudah masuk waktunya walaupun ketika itu belum selesai solat Jumaat. - Gambar hiasan
“EH! Mana boleh solat Zuhur dulu. Tunggu orang lelaki habis solat Jumaat nanti baru boleh kita sembahyang.”
Dialog begitu kerap kali kedengaran terutama apabila melihat ada wanita yang mahu menunaikan solat Zuhur walaupun solat Jumaat belum selesai didirikan di masjid.
Ia bukan tanggapan semata-mata, tetapi perkara itu seakan sudah sebati dalam masyarakat kita sejak sekian lama.
Hakikatnya, orang perempuan sebenarnya tidak tertakluk kepada ‘syarat’ berkenaan.
Menurut pendakwah Ustaz Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan atau lebih dikenali sebagai Imam Muda Asyraf, sebenarnya golongan wanita boleh terus mendirikan solat Zuhur pada hari Jumaat walaupun sembahyang Jumaat masih belum selesai lagi.
“Tidak kiralah sama ada (wanita mahu menunaikan solat Zuhur) selepas azan, ketika khatib di atas mimbar ataupun selepas selesai solat Jumaat.
“Ini kerana orang perempuan tidak tertakluk kepada kewajiban solat Jumaat,” katanya sebagaimana dipetik menerusi video yang dikongsikan di laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini.
Bagaimanapun, jelas Imam Muda Asyraf lagi, situasi itu berbeza jika melibatkan kaum Adam yang diwajibkan menunaikan solat Jumaat secara berjemaah.
“Perempuan pula tidak wajib berbuat demikian. Jadi, hanya orang lelaki sahaja tertakluk dengan beberapa syarat (solat Jumaat) yang diletakkan dalam Mazhab Syafie.
“Salah satu daripadanya ialah dia tidak boleh menunaikan solat Zuhur melainkan sudah selesai sembahyang Jumaat di masjid,” terangnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Solat Jumaat
#solat Zuhur
#Imam Muda Asyraf
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan