GAYA HIDUP
Taylor’s University, kekal dalam kelompok 1% teratas universiti terbaik dunia
Taylor’s University Lakeside Campus terus konsisten dalam satu peratus teratas universiti di seluruh dunia. - Foto Taylor’s University
SUBANG JAYA: Taylor’s University mencapai kedudukan ke-253 dalam QS World University Rankings 2026, mengukuhkan kedudukannya di kalangan satu peratus teratas universiti di seluruh dunia selama lapan tahun berturut-turut.
Ringkasan AI
Institusi tersebut kekal sebagai universiti swasta tidak berkaitan kerajaan tertinggi di Asia Tenggara, sekali gus membuktikan kecemerlangannya dalam akademik dan daya saing global.
Menurut Naib-Canselor dan Presiden Taylor’s University, Professor Barry Winn, universiti itu disokong kedudukan 100 teratas di seluruh dunia bagi reputasi majikan serta Kajian Pengesanan Graduan Kementerian Pendidikan Tinggi 2024, yang melaporkan kadar kebolehpasaran graduan sebanyak 99.5% lebih tinggi daripada purata kebangsaan.
“Sebagai institusi progresif, kami komited untuk membangunkan pendidikan bertaraf dunia dipacu inovasi dan impak dunia nyata.
“Kami sedang mengembangkan komuniti pelajar kami, melabur dalam kakitangan, dan meningkatkan keupayaan untuk menangani cabaran global melalui perkongsian industri, pembelajaran AI, dan inovasi yang berorientasikan tujuan.
“Selaras dengan aspirasi kami untuk menyokong usaha membina negara, kami bertekad untuk memperkasa pelajar mencapai potensi penuh mereka, menyelaras penyelidikan dengan keutamaan negara, dan memupuk perkongsian tempatan serta global yang mendorong perubahan bermakna.
“Kami menyokong usaha Malaysia untuk membangunkan bakat dan mengukuhkan kedudukannya sebagai hab pendidikan di rantau ini,” katanya.
Selain itu, Taylor’s juga menawarkan pendidikan bertaraf dunia bagi mempersiapkan pelajar bukan hanya dalam dunia pekerjaan malah, penyesuaian jangka panjang sekaligus berdaya saing.
Institusi itu menawarkan kurikulum dipandu industri yang dihasilkan bersama golongan profesional terkemuka bagi memastikan kesesuaian dan ketelitian dengan pendedahan langsung kepada cabaran dunia nyata melalui latihan praktikal, projek, dan kolaborasi industri.
Kepelbagaian institusi berkenaan menyerlah dengan kewujudan Institut Kulinari Taylor’s (TCI) dengan kerjasama cef bertaraf Michelin Star dan latihan kulinari bertaraf dunia menawarkan pelajar pengalaman praktikal tiada tandingan diikuti pendedahan kepada standard kulinari antarabangsa.
Taylor’s University memperkuat tawaran akademiknya dan reputasi global melibatkan tokoh-tokoh berpengaruh sebagai Profesor Adjung dan Panel Penasihat Industri (IAP), memastikan tahap kualiti kurikulum dan pembelajaran pelajar cemerlang.
Antara tenaga pengajar terbaik ialah penerima Hadiah Nobel Keamanan dan Presiden Republik Demokratik Timor-Leste, Dr. José Ramos-Horta sebagai tenaga pengajar bagi program Sarjana Muda Falsafah, Politik, dan Ekonomi (PPE) (Kepujian).
Untuk maklumat lanjut mengenai taylor’s university dan programnya, layari laman web https://university.taylors.edu.my .
Ringkasan AI
- Taylors University mencapai kedudukan ke-253 dalam QS World University Rankings 2026, mengukuhkan kedudukannya di kalangan 1% teratas universiti di seluruh dunia selama lapan tahun berturut-turut.
- Institusi tersebut kekal sebagai universiti swasta tidak berkaitan kerajaan tertinggi di Asia Tenggara, sekaligus membuktikan kecemerlangannya dalam akademik dan daya saing global.
- Menurut Naib-Canselor dan Presiden, Taylors University, Professor Barry Winn, universiti itu disokong kedudukan 100 teratas di seluruh dunia bagi reputasi majikan serta Kajian Pengesanan Graduan Kementerian Pendidikan Tinggi 2024, yang melaporkan kadar kebolehpasaran graduan sebanyak 99.5% lebih tinggi daripada purata kebangsaan.