SYARIKAT perkhidmatan telekomunikasi dan pembekal internet terbesar Indonesia, Telekomunikasi Indonesia (Telkom) menyekat Netflix di semua platform syarikat berkenaan bermula hari ini, lapor The Jakarta Post.
Menurut pengarah perhubungan pelanggan Telkom, Dian Rachmawan, sekatan ke atas syarikat penstriman video Amerika Syarikat itu dikenakan kerana isu permit dan kandungan yang tidak ditapis.
“Kami sekat Netflix bermula tengah malam 27 Januari. Ini isu permit. Mereka tidak ikut peraturan. Mereka juga siarkan kandungan berunsur ganas dan lucah,” jelas Dian.
Dian turut menjelaskan Netflix perlu bekerjasama dengan pembekal jalur lebar agar kandungan Netflix dapat ditapis sejajar dengan undang-undang di Indonesia.
“Kita mesti sekat sekarang sebelum perkara menjadi lebih rumit dan menimbulkan isu yang serius,” tegas Dian sambil menjelaskan keputusan tersebut tidak menjejaskan perniagaan Telkom kerana jumlah pelanggan Netflix yang kecil.
Respon netizen Indonesia
Kebanyakan pengguna media sosial Indonesia tidak menyambut baik keputusan berkenaan. Mereka turut menyenaraikan pembekal internet lain di Indonesia yang masih belum menyekat kandungan Netflix.
Nizam Bakeri
Wed Jan 27 2016
Netflix mengumumkan akan meluaskan tayangan ke lebih 190 buah negara pada 6 Januari lalu, termasuklah Indonesia - foto REUTERS/Steve Marcus
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
Telkom Indonesia sekat Netflix
Syarikat telekomunikasi terbesar Indonesia itu menegaskan sekatan dilakukan atas sebab permit dan kandungan Netflix yang tidak ditapis.