Tempah telefon pintar, dapat mangga!

Nizam Bakeri
Mac 7, 2016 10:23 MYT
Kekeliruan Ng dikendalikan dengan baik oleh kedai atas talian tersebut yang menawarkan Ng untuk bertemu dengan wakil jualan bagi mendapatkan telefon pintar gantian - Foto Facebook/Alans Ng
SEORANG pengguna Facebook berkongsi beberapa foto Sabtu lalu yang menunjukkan dia menerima kotak iPhone 6s yang dibeli secara atas talian (online) namun terkejut apabila ianya diisi dengan mangga.
Alans Ng mendakwa telefon tersebut ditempah minggu lalu dan bayaran penuh telah dikemukakan kepada penjual atas talian.
Ng tidak menyalahkan laman sesawang berkenaan namun pembekal telefon tersebut kerana kotak telefon tersebut masih berbungkus dengan plastik ketika diterima.
“Maknanya perkhidmatan kurier tidak buat apa-apa. Satu-satunya pihak yang bertanggungjawab mengubah produk ini ialah pembekal, kerana pelekat pembekal berada di atas kotak namun terlindung di bawah pembalut,” jelasnya dalam kiriman Facebook yang telah meraih lebih 2,400 perkongsian.
Ng telah dihubungi Ahad lalu oleh pihak kedai atas talian itu untuk bertemu wakil jualan mereka bagi mendapatkan telefon yang ditempah.
#Beli telefon online #iPhone 6s #kedai telefon online