JIKA anda teruja menonton filem Hollywood yang menggunakan teknologi kecerdasan buatan atau AI sebagai plot penceritaan mahupun watak yang dilakonkan, penonton cilik juga boleh belajar program tersebut secara lebih dekat di sini.
Menariknya, di pusat pembelajaran kanak-kanak interaktif terkenal di ibu kota, KidZania ini menyediakan program bertemakan teknologi, KidZ & Tech 3.0 selama sebulan yang memberi peluang kepada kanak-kanak mengenali lebih dekat tentang kegunaan dan manfaat AI dan robotik serta fungsinya pada masa hadapan.
Sebelum ini, Google Malaysia memperkenalkan AI dengan cara yang menyeronokkan.
Kanak-kanak diberi peluang untuk bermain sambil belajar melalui Emoji Scavenger Hunt yang juga boleh disertai seluruh keluarga.
Adanya rangkaian neural eksperimen AI untuk mengenal pasti objek sebenar, peserta akan diberi emoji di kaca telefon pintar dan perlu mencari emoji tersebut di persekitaran mereka.
Ketua Komunikasi dan Hal Ehwal Awam, Google Malaysia, Zeffri Yusof berkata, bidang Kecerdasan Pintar adalah salah satu fokus Google yang diperkasakan melalui pembelajaran mesin.
"Dalam erti kata lain, komputer diajar untuk mengenal pasti lebih banyak rekaan dan bukan hanya diprogramkan dengan tetapan tertentu.
"Google memanfaatkan pembelajaran mesin untuk tugasan seperti pemahaman bahasa, penterjemahan, pengecaman pertuturan, penglihatan komputer, skala kedudukan dan pengesyoran.
"Kami berharap kanak-kanak ini akan lebih berminat untuk mempelajari secara mendalam tentang dunia Kecerdasan Buatan," katanya.
Program KidZ & Tech 3.0 ini akan bermula dari 18 Ogos hingga 16 September ini.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Gempak
Thu Aug 09 2018
Ibu bapa perlu membawa anak-anak masing-masing merasai pengalaman menarik ini di KidZania. - Facebook KidZania Kuala Lumpur
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Teruja tonton filem Hollywood? Kanak-kanak kini berpeluang dekati teknologi AI
KidZania menyediakan program bertemakan teknologi, KidZ & Tech 3.0 selama sebulan yang bakal memberi pengalaman istimewa.