LIFESTYLE

Tiada lagi Toby, kucing kesayangan Syed Saddiq

Asyraf Roslan 28/02/2023 | 05:19 MYT
Syed Saddiq memaklumkan pemergian kucing kesayangannya itu melalui Twitter pada Selasa.
BAGI siapa yang mengikuti sosial media Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pasti mengenali kucing kesayangannya iaitu Toby.
Pengikut akaun media sosial bekas Menteri Belia dan Sukan itu mudah mengenali kelibat si comel itu berikutan Syed Saddiq sering berkongsi aksi dan kemesraannya, selain kandungan berkaitan hal kerja politiknya.
Namun momen yang dianggap menjadi selingan santai antara hal-hal serius kerjayanya itu, berakhir sudah.
Syed Saddiq memaklumkan pemergian kucing kesayangannya itu melalui Twitter pada Selasa.
“Kucing kesayangan saya, Toby telah meninggalkan kita, sangat mengejutkan.
“Terima kasih kerana ada dengan saya sepanjang masa yang sukar,” katanya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pengikut di media sosial juga turut bersimpati diatas kehilangannya itu.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Toby #Syed Saddiq #Ahli Parlimen Muar #kucing