LIFESTYLE

Tidak fasih bahasa Inggeris, pemain pool jawab temu ramah dengan lagu 'Pineapple Pen'

Madiha Abdullah 21/02/2017 | 04:40 MYT
Gaya tersendiri Oi menjawab temuramah dalam bahasa Inggeris tarik perhatian. - Foto/Sporting Moments
TIDAK mampu berbahasa Inggeris, namun seorang pemain pool dari Jepun berjaya memberikan satu temuramah yang menghiburkan untuk ditonton.

Naoyuki Oi nyata mempunyai cara tersendiri ketika ditemuramah selepas menang ke atas pemain dari China, Cheng Yu Hsuan, dalam kejohanan World Pool Master di Gibraltar, hujung minggu lalu.

Oi yang ditemuramah oleh Sky Sports, ditanya tentang kemenangannya dan menjawab, "Nama saya Naoyuki Oi. Tahniah kepada saya!"

Dia kemudiannya meneruskan temuramah dengan beberapa rangkap dari lagu Pineapple Pen yang popular tahun lalu.

Dan apabila ditanya jika dia mampu memenangi kejohanan itu, Oi dalam nada selamba menjawab, "Tak ada masalah".

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Oi bagaimanapun tewas di peringkat suku akhir, namun kekalahan itu tidak menjejaskan karakternya dan mampu memberikan satu lagi temuramah yang menarik.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Menerusi reaksi di laman sosial, boleh disimpulkan bahawa netizen tidak kisah dengan ketidakmampuan Oi berbahasa Inggeris, sebaliknya keyakinan dan gaya tersendirinya lebih menarik perhatian.
#bahasa Inggeris #Jepun #kejohanan #Naoyuki Oi #pool