Tikus comel sebesar jari kelingking

Ili Hadri Khalil
Februari 27, 2018 04:45 MYT
Baluchistan Pygmy Jerboa atau Dwarf Three-toed Jerboa merupakan tikus terkecil dalam spesisnya hanya membesar sehingga tidak melebihi 5 sentimeter, ukuran tubuh. Twitter mulplayer
JIKA berbicara tentang haiwan peliharaan bersaiz kecil spesis tikus, pasti ramai akan memilih hamster kerana saiz dan gerak gerinya yang comel.
Bagaimana pula jika spesis tikus ini mempunyai tubuh seakan kangaroo yang melompat dengan lincah dan menjadi seekor daripada haiwan peliharaan anda?
Baluchistan Pygmy Jerboa atau Dwarf Three-toed Jerboa merupakan tikus terkecil dalam spesisnya. Ia hanya membesar sehingga tidak melebihi 5 sentimeter ukuran tubuh.
Haiwan kecil comel ini berasal daripada Pakistan di mana habitat mereka adalah di kawasan gurun pasir, gurun panas, atau bukit pasir dan ia merupakan haiwan pemakan tumbuhan.
Pencinta haiwan pasti teruja dengan gelagat lincah tikus ini yang melompat seperti seekor kangaroo dengan saiz tubuhnya yang kecil.
Tikus ini turut mempunyai sepasang mata yang besar, sepasang kaki yang bersaiz lebih besar dari tangannya dan ekor panjang yang memberi keseimbangan sewaktu berdiri.
#Baluchistan Pygmy Jerboa #Dwarf Three-toed Jerboa #kecil #kelingking #tikus #tikus terkecil