BATU PAHAT: Topi kulit 'ala koboi' mungkin agak asing pemakaiannya bagi segelintir masyarakat di negara ini namun ia mempunyai peminat dan kelasnya tersendiri.
Bagi memenuhi permintaan dalam negara, seorang pengusaha menghasilkan topi berkenaan dengan konsep gaya tropika bagi menyesuaikan penggunaannya dengan iklim khatulistiwa.
"Ilham rekaan adalah mengikut bentuk songkok dan topi diubah gaya tropika agar ia sesuai dipakai penggemar di negara ini. Selain itu, ada juga rekaan dihasilkan menerusi inspirasi pemakaian topi Belanda oleh pegawai British suatu ketika dulu.
"Jadi, saya menerapkan dua konsep atau koleksi berlainan iaitu Style of Johor dan Style of Belanda untuk membolehkan peminat memilih," kata Giman Wakiran ketika ditemu bual Bernama di kediamannya di Rengit, baru-baru ini.
Mula menghasilkan topi kulit berkenaan pada 2002 secara suka-suka sebelum ia dikomersialkan pada 2014, bapa kepada 15 orang anak itu berkata detik permulaannya berkecimpung dalam perniagaan penghasilan topi selepas melalui pengalaman 'terbeli' topi dibuat daripada bahan tidak halal.
"Dulu, susah... kalau beli dari luar negara, status halalnya diragui dan ada juga topi yang diperbuat daripada kulit burung unta, kanggaru dan sebagainya.
"Sebaliknya apabila buat sendiri, ia akan lebih selamat, terjamin dan pada masa sama, saya memberikan pilihan yang menarik kepada peminat topi kulit untuk menggayakan rekaan kami tanpa rasa was-was di samping berkualiti tinggi," katanya sambil menambah koleksi topi kulit buatannya itu telah menjadi perhatian dan pilihan ramai.
Giman yang juga dikenali sebagai Mastor Tuah berkata berbekalkan kemahiran menjahit dan membuat kraf berkaitan kulit atau kayu, topi kulit dihasilkannya itu telah terjual hampir 10,000 unit sejak 2002 sehingga kini dengan harga ditawarkan bermula dari RM200 hingga RM800 dan ia bergantung kepada gred.
Selain menghasilkan topi, beliau turut menghasilkan pelbagai aksesori berasaskan kulit seperti tali leher, tali pinggang serta songkok selain sandal dan terompah.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 03 2022
Giman Wakiran, 63, menunjukkan antara topi kulit ala koboi yang dihasilkannya dengan konsep gaya tropika bagi menyesuaikan penggunaannya dengan iklim khatulistiwa. - Bernama
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
AWANI Tonight: Flour ban deepens food crisis, cracker prices soar
The Israeli army's blockade of flour into Gaza has exacerbated the humanitarian crisis, causing a severe shortage of bread for displaced Palestinians.
Topi ala koboi Mastor masih punyai peminat tersendiri
Seorang pengusaha menghasilkan topi berkenaan dengan konsep gaya tropika bagi menyesuaikan penggunaannya dengan iklim khatulistiwa.