Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan melancarkan buku bergambar 'ANTARCTICA: Malaysia's Journey to the Ice' pada Rabu yang dihasilkan Pusat Penyelidikan Antartika Kebangsaan (NARC).
Buku, yang mempunyai 275 halaman teks dan 366 gambar, diterbitkan dengan kerjasama Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dengan pembiayaan Universiti Malaya dan Kementerian Pengajian Tinggi.
'ANTARCTICA: Malaysia's Journey to the Ice' menjelaskan secara terperinci benua berais, geologinya, iklim, flora dan fauna, dan stesen penyelidikan saintifik dan begitu juga usaha sekumpulan saintis dan penyelidik-penyelidik multi nasional yang menumpukan usaha mereka di sana.
Ia juga berkaitan aspirasi Malaysia untuk memujuk masyarakat antarabangsa untuk memberi perhatian dan menerima Antartika sebagai warisan bersama manusia dan menggunakan suasana kondusif yang ditawarkannya untuk penyelidikan bagi manfaat kemanusiaan.
Sementara ia menggambarkan perjalanan literal saintis Malaysia dari kawasan tropika kepada benua yang berais untuk menjalankan penyelidikan, ia menggambarkan perjalanan yang tidak berkesudahan bagi memulihara Antartika demi manfaat bersama seluruh manusia.
Pengarah NARC dan Ketua Editor buku itu, Prof Datuk Dr Azizan Abu Samah menyifatkan penerbitan itu sebagai satu daripada pencapaian terbesar NARC dan sambutan ulang tahun ke-10 penubuhannya.
Beliau berkata program Penyelidikan Antartika Malaysia (MARP) adalah satu program paling berjaya yang dijalankan Malaysia dan ia adalah satu legasi peninggalan visi Dr Mahathir berhubung Antartika.
Prof Datuk Dr Azizan berkata pengalaman peribadi ramai saintis muda dan pelajar Malaysia yang telah berkunjung ke Antartika untuk menjalankan penyelidikan dimuatkan dalam buku ini bagi menekankan mengenai fakta bahawa generasi muda boleh mencapai sesuatu jika diberikan ruang dan kesempatan.
Orang seperti mereka merupakan golongan yang akan terus membangunkan aspirasi Malaysia dalam soal Antartika pada masa-masa akan datang, katanya.
Tan Sri Dr Ghauth Jasmon, Naib Canselor Universiti malaya yang menempatkan NARC dan tuan rumah bagi pelancaran buku ini berkata projek yang dijalankan di bawah MARP terutama oleh penyelidik dan saintis dari universiti, mendapat pengiktirafan antarabangsa.
Ini memudahkan kerjasama penyelidikan dengan negara-negara kutub yang aktif dalam penyelidikan di Antartika dan Artik, katanya.
Dr Ghauth berkata Universiti Malaya, sebagai universiti penyelidikan utama, komited untuk menggerakkan negara ke peringkat lebih tinggi dalam rantaian nilai global dan menghasilkan pengetahuan dan penemuan baharu yang bernilai bagi membolehkan Malaysia menjadi sebuah negara maju.
Datuk Yong Soo Heong, Pemangku Pengurus Besar dan Ketua Pengarang Bernama dan sebagai penasihat penerbitan, berkata buku itu menggambarkan perjalanan literal saintis Malaysia dari kawasan tropika ke benua berais untuk menjalankan penyelidikan dan pada masa sama, menggambarkan perjalanan yang berterusan bagi memulihara Antartika bagi generasi akan datang dan dalam proses itu memberi manfaat kepada manusia.
Beliau berkata buku itu sudah pasti sangat dicari-cari sebagai sumber rujukan bagi mereka yang menjalankan kajian mengenai Antartika dan pelajar-pelajar yang melanjutkan pengajian berhubungnya, sebagai contoh, perubahan iklim, geologi dan flora dan fauna Antartika.
Yong mengucapkan tahniah kepada NARC dalam penghasilan buku ini bagi membantu memperkaya pengetahuan rakyat Malaysia mengenai kepentingan Antartika.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam satu mesej buku itu mengucapkan tahniah kepada NARC kerana menghasilkan penerbitan itu bagi menghidupkan minat rakyat Malaysia mengenai Antartika dan untuk menceritakan mengenai keazaman sebuah negara yang muda bagi mengekalkan Antartika sebagai sebuah wilayah demi faedah bersama semua manusia.
Beliau melahirkan harapan agar penyertaan Malaysia dan saintisnya akan terus meningkat dalam penyelidikan Antartika.
Najib memuji saintis-saintis dan pelajar-pelajar muda Malaysia yang mencapai kecemerlangan dalam kerja-kerja penyelidikan mengenai Antartika dan menjadikan Malaysia bangga walaupun tidak memiliki stesen penyelidikannya sendiri di benua berais itu.
Dr Mahathir, dalam kata pengantarnya dalam buku itu berkata sifat ingin tahu telah mendorong manusia untuk meneroka, dengan penuh teliti di mana-mana bahagian di bumi ini dan secara progresif, dan juga sehingga menjangkau di luar lingkungan tempat itu.
"Adalah diharapkan agar sifat ingin tahu ini tidak akan membawa seseorang itu kepada keadaan bahaya, tidak akan memusnahkan benua terakhir yang tidak dihuni manusia," kata Dr Mahathir, yang begitu kuat berpandangan bahawa Antartika mesti dipulihara sebagai warisan bersama semua manusia.
Dr Mahathir mengetuai satu delegasi Malaysia berkunjung ke benua itu mulai 6 hingga 13 Feb, 2002.
"ANTARCTICA: Malaysia's Journey to the Ice" akan jelas kelihatan di antara buku-buku bergambar memandangkan gambar-gambar yang ada adalah hasil koleksi gambar luar biasa yang dirakamkan sekumpulan ekslusif saintis-saintis dan sebilangan kecil mereka yang berkunjung ke Antartika.
Buku itu akan dijual sebaik sahaja pelancarannya di pejabat NARC di Universiti Malaya dan Wisma Bernama pada harga promosi RM99 senaskhah.
Bernama
Mon Feb 04 2013
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
[TERKINI] Bendera terbalik, Lee Zii Jia melakukan kesilapan kritikal
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata biarpun pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, telah memohon maaf, tetapi kesilapan memakai jersi memaparkan bendera Malaysia secara terbalik, sebagai kesilapan kritikal.
JIM Selangor gempur kawasan setinggan warga asing
Jabatan Imigresen (JIM) Selangor menahan 49 warga asing yang didapati melakukan pelbagai kesalahan berkaitan imigresen selepas menyerbu sebuah kawasan setinggan di Taman Ayer Hitam awal pagi tadi.
Zahid tidak terima sebarang makluman daripada Tengku Zafrul
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Saintis muda tonggak sains iklim - Nik Nazmi
Penglibatan saintis Malaysia dalam sains iklim global amat penting untuk memperkukuh pengaruh negara dalam dasar antarabangsa, menurut Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau menegaskan bahawa penyertaan aktif Malaysia dalam proses Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim (I-P-C-C) perlu diperkasakan, terutama ketika negara berdepan kesan perubahan iklim yang semakin serius.
Beliau menegaskan bahawa penyertaan aktif Malaysia dalam proses Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim (I-P-C-C) perlu diperkasakan, terutama ketika negara berdepan kesan perubahan iklim yang semakin serius.
Virus selesema burung landa Antartika, penguin terjejas
Penyakit itu mula dikesan di tanah besar benua beku itu bulan lalu dan sejak itu dikesan dalam populasi burung penguin dan kormoran.
Malaysia akan kena tempias setiap perubahan di Antartika - Pakar
Setiap perubahan di benua Antartika akan mempunyai kesan kepada Malaysia khususnya dalam aspek iklim meskipun negara berada jauh dari kutub itu.
Ais cair mendadak di Antartika, penyelidik 'panik'
Antartika boleh hilang ais sepenuhnya dan ia bakal disaksikan oleh generasi yang akan datang.
Aisberg terbesar dunia bergerak selepas 3 dekad
Aisberg berkenaan merupakan serpihan terbesar gunung ais yang masih wujud dan terpisah dari Filchner Ice Shelf pada ogos 1986.
Selesema burung dikesan di rantau Antartika buat kali pertama
Para saintis bimbang wabak Influenza Burung Sangat Patogenik (HPAI) yang paling teruk dalam sejarah akan sampai ke Antartika.
China sambung pembinaan pusat antartika kelima, kata badan pemikir
Kehadiran fizikal Beijing semakin meningkat di wilayah kutub selatan yang berfungsi untuk memajukan kepentingan strategik dan ketenteraan.
Prof Justin, saintis pertama negara jalani penyelidikan di Antartika
Justin berjaya mengharumkan nama Sabah dengan mengibarkan bendera negeri ini bersama-sama Jalur Gemilang sepanjang tempoh program penyelidikan selama enam bulan bermula 15 Mac.
Kiamat iklim 2040? Malaysia antara negara terjejas
Ais cepat mencair, suhu makin panas di Antartika, gunung berapi mula aktif di Kutub Utara kesan daripada pemanasan global petanda besar berlaku kiamat iklim, diramal 2024 dengan Malaysia terjejas sama
'Iceberg' terbesar dunia, separuh saiz negeri Kedah kini hanyut di lautan
Terbaru, sebuah bongkah ais terbesar di dunia - panjang 175 kilometer, lebar 25 kilometer - terpisah dari lokasi asalnya di Antartika.
Saintis temui bukti peristiwa letupan meteorit 430,000 tahun dahulu
Pasukan saintis antarabangsa menemui bukti baharu kejadian meteoritik yang berlaku di Antartika 430,000 tahun lalu.