Tun M mahu keluar 'dating' dengan Siti Hasmah

Raja Hisyam Raja Zaid
Disember 12, 2017 00:05 MYT
Twit tersebut setakat ini telah mencecah 3 ribu lebih like serta lebih dua ribu diulang kicau. - Twitter @chedetofficial
Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mahu bersantai sambil menonton wayang selepas dilaporkan telah memulangkan dua pingat yang diterimanya daripada Sultan Selangor.
Tidak seperti kebiasaannya apabila tercetus tindakan kontroversi oleh beliau sebelum ini dengan mengadakan sidang media sebaliknya Dr Mahathir menerusi Twitternya bertanyakan kepada nitizen filem apa yang patut ditonton oleh beliau dan Tun Siti Hasmah.
BACA: Tun M pulangkan pingat sebelum Sultan Selangor tarik balik gelaran
Beliau memuat naik gambarnya dengan tulisan "Planning to have a date with Hasmah, dia bersama saya susah dan senang. What movie should we watch together?"

Planning to have a date with Hasmah. Dia bersama saya susah dan senang. What movie should we watch together? pic.twitter.com/mg4PYvm0py

— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) December 11, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Twit tersebut setakat ini telah mencecah 3 ribu lebih like serta lebih dua ribu diulang kicau.
#dating #filem #Mahathir Mohamad #Media #pingat #Sultan Selangor #Twitter