GAYA HIDUP

Twitter ada khabar gembira buat anda yang sukakan 'benar-benar gelap'

Hilal Azmi 24/01/2019 | 06:13 MYT
Ketua Pegawai Eksekutif Twitter, Jack Dorsey mengesahkan bahawa mod gelap atau dark mode di aplikasi sosial itu sedang giat dibangunkan. - Foto REUTERS/Kacper Pempel/File Photo
Berita gembira buat pengguna yang sukakan sesuatu yang gelap.
Ketua Pegawai Eksekutif Twitter, Jack Dorsey mengesahkan bahawa mod gelap atau dark mode di aplikasi sosial itu sedang giat dibangunkan.
Perbualan ini bermula apabila kolumnis Wall Street Journal, David Pierce yang kemudiannya dikicau atau tweet oleh Christopher Mims, rakan sejawatnya.
"Dalam dunia yang cerah, skrin LCD memancarkan cahaya biru, maka aplikasi perlu mempunyai mod gelap kata Pierce. Saya sangat bersetuju melainkan kita perlukan lebih banyak skrin bukan LCD," katanya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kemudian tweet berkenaan turut dijawab Editor Android Headline, Alex Maxham yang kecewa dengan warna biru gelap yang digunakan di aplikasi berkenaan ketika ini..
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dorsey kemudian memberitahu, dia bersetuju dan pasukannya kini sedang membangunkan mod gelap sebenar yang lebih menjimatkan bateri.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Android #Jimat bateri #Tweet #Twitter #Wall Street Journal