Ucapan kemerdekaan dari Palestin untuk rakyat Malaysia

Madiha Abdullah
Ogos 31, 2020 11:58 MYT
Sebuah hamparan pasir dibentuk dengan kata-kata 'Selamat Hari Merdeka Malaysia', di tepi sebuah pantai di Gaza, Palestin. - Foto/Twitter/Muslim Imran
KETIKA negara sendiri masih berjuang mendapatkan kemerdekaan, rakyat Palestin masih sempat meluahkan penghargaan atas persahabatan dan doa yang sering mengiringi mereka daripada Malaysia.
Sempena Hari Kebangsaan ke-63, satu hamparan pasir di sebuah pantai di Gaza, Palestin, dikorek oleh beberapa individu warga tempatan untuk membentuk rangkaian perkataan yang memaparkan kata-kata 'Selamat Hari Merdeka Malaysia'.
Menerusi satu video yang dimuat naik ke Twitter oleh Pengerusi Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM), Muslim Imran, lima lelaki Palestin dilihat bertungkus-lumus menyiapkan rangkaian ucapan itu yang diserikan dengan warna-warna yang sinonim dengan Malaysia, iaitu biru, merah dan kuning.

Selamat hari merdeka yg ke-63. .. Happy Independence Day Malaysia -With love from Palestine@PCOMalaysia#merdeka #merdeka2020 #Malaysia #Palestine #Gaza #Jerusalem pic.twitter.com/XHu4Q4FYcI

— Muslim Imran (@muslimbinimran) August 30, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Turut disiapkan di bawah ucapan itu adalah bendera Malaysia dan Palestin yang disusun bersebelahan.
Sempena ulang tahun kemerdekaan negara hari ini, mari kita rakyat Malaysia sama-sama hulurkan secebis doa buat mereka, yang pastinya mendambakan kebebasan dan keamanan seperti yang dinikmati kita hari ini.
Terima kasih, Palestin!
#Gaza #Hari Kebangsaan #Malaysia #Merdeka #Palestin #Twitter