awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ucapan 'Merry Christmas' diharuskan - Mufti Wilayah

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
20/12/2016
04:17 MYT
Ucapan 'Merry Christmas' diharuskan - Mufti Wilayah
Umat Islam digalak berlaku adil dan saksama kepada orang-orang yang bukan Islam yang tidak bermusuh dengan Islam. - Foto AFP
KITA sering disogokkan dengan pandangan pihak-pihak tertentu yang meletakkan ucapan Selamat Hari Krismas atau Merry Christmas sebagai haram bagi umat Islam.
Ia adalah berlandaskan hujah bahawa ucapan sedemikian membayangkan penerimaan dan pengakuan terhadap Tuhan yang lain selain Allah.
Tambahan pula dengan perkembangan teknologi terkini, membuatkan ramai keyboard warrior menjadi 'nasi tambah'.
Tanpa menafikan pendapat berkenaan secara total, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan melalui laman web rasminya telah mengeluarkan kenyataan bahawa ucapan tersebut adalah diharuskan.
Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, ia adalah berdasarkan beberapa hujah, antaranya ucapan yang diberikan merupakan simbol perpaduan untuk masyarakat yang hidup secara majmuk.
Bagaimanapun, katanya umat Islam tetap perlu mematuhi beberapa 'syarat' seperti melafazkan ucapan tanpa niat mengagungkan, dan tidak membabitkan diri dalam ritual keagamaan yang dilakukan.
Kenyataan itu turut memetik beberapa ayat al-Quran, seperti Surah al-Mumtahanah ayat 8 hingga 9.
Ayat itu antara lainnya menggalakkan umat Islam berlaku adil dan saksama kepada orang-orang bukan Islam yang tidak bermusuh dengan Islam.
Menurut kenyataan itu lagi, hal ini juga selari dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-78 tahun 2007 yang berbunyi:
"Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mel atau sistem pesanan ringkas (SMS) dan sebagainya kepada orang bukan Muslim sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Muslim serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.”
Topic Berkaitan
#Islam
#Krismas
#Kristian
#Merry Christmas
#Selamat Hari Krismas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan