KUALA LUMPUR: Ramai yang mungkin terpaksa menjalani kehidupan yang sukar ketika ini akibat diberhentikan kerja atau pendapatan yang kurang, dalam negara masih bergelut dengan pandemik COVID-19.
Apatah lagi bagi orang kurang upaya (OKU) fizikal seperti Mohd Rafae Abd Raof, 46, yang berasal dari Baling, Kedah yang perlu menyara hidup isteri dan lima orang anak.
Namun, tidak ada putus asa dalam kamus kehidupan Mohd Rafae yang memiliki Diploma Kejuruteraan Mekatronik dari Kolej Negeri (Negeri Sembilan) ini. Saban hari, beliau tetap berusaha gigih untuk memastikan makanan sentiasa tersedia di atas meja buat keluarganya.
Dengan mengambil semangat sambutan Hari Bapa, beliau berharap perkongsian kisah hidupnya ini dapat menjadi inspirasi, "Tiada apa yang mustahil sebenarnya di dunia ini. Yang perlu semangat, azam serta usaha gigih. Jangan lupa berdoa semoga Allah SWT memberkati segala usaha kita."
Penuh kesukaran
Ketika dihubungi oleh Bernama baru-baru ini, Mohd Rafae yang juga seorang pencipta inovasi kreatif berkongsi pahit maung realiti kehidupan sebaik tamat pengajiannya di Kolej Negeri dan semasa bekerja di sebuah kilang automotif di Senawang, Negeri Sembilan.
"Bayangkan saya baru sahaja tamat belajar dan memulakan karier saya sebagai eksekutif teknikal, baru hampir setahun saya bekerja di situ namun kemudiannya Malaysia dilanda kegawatan ekonomi akibat Krisis Ekonomi Dunia 1998-1999 yang dahsyat.
"Pada ketika itulah saya belajar banyak benda tentang ilmu pengurusan krisis dan bagaimana menyelesaikan masalah yang dihadapi. Sebagai salah seorang pegawai yang terlibat dalam pasukan menguruskan krisis supaya kilang tidak bankrap, kami mengemukakan pelan khas bagi memastikan operasi kilang terus berjalan lancar. Alhamdulillah, kami berjaya mengharunginya sehingga kilang kembali stabil selepas krisis ekonomi tamat, '' katanya.
Setelah hampir tujuh tahun berkhidmat dengan kilang berkenaan, Mohd Rafae mengambil keputusan untuk beralih arah. Beliau kemudian berkhidmat sebagai jurutera automotif di Delphi Packard Electric di Shah Alam, Selangor.
"Saya banyak mengaplikasikan ilmu yang saya belajar di kilang itu dan pengalaman kerja banyak mendewasakan diri saya," katanya.
Namun begitu, langit tidak selalunya cerah. Begitulah juga dengan kehidupan Mohd Rafae apabila pada 8 Februari 2008, beliau terlibat dalam kemalangan kereta di Jalan Seremban-Kuala Pilah. Kemalangan itu mengakibatkan tulang pinggulnya pecah dan membuatkan beliau tidak lagi dapat berjalan normal seperti dahulu.
"Ketika itu saya sudahpun berkahwin dan anak sulung kami masa itu berumur lima bulan. Semasa kejadian malang itu berlaku, isteri saya berada di kampungnya di Kuala Pilah bersama anak sulungkami. Namun, kemalangan itu mengubah status saya dari seorang lelaki yang normal fizikal kepada seorang OKU.
"Saya akui kejadian ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada keyakinan diri saya. Kadangkala saya menjadi murung. Namun ingatan saya terhadap keluarga membuatkan saya terus tabah walaupun doktor memperakukan saya sebagai cacat kekal, " jelas Mohd Rafae yang kini terpaksa membiasakan diri berjalan terhincut-hincut akibat kemalangan yang menimpa beliau.
Mencari sinar
Meskipun berstatus OKU fizikal, keadaan ini tidak sedikit pun menghalang Mohd Rafae untuk terus menggunakan segenap kudrat tulang empat keratnya, mencari nafkah bagi menyara isteri dan anak-anaknya.
"Ketika kejadian kemalangan itu, saya masih lagi seorang jurutera di Kilang Delfi, namun disebabkan keadaan diri saya ketika itu, majikan saya menawarkan cuti sakit dengan bergaji penuh selama enam bulan, seterusnya bergaji separuh selama enam bulan. Akhirnya saya terpaksa mengambil Skim Pemisahan Sukarela (VSS).
"Kehidupan begitu sukar ketika itu kerana saya sudah pun tiada pekerjaan dan perlu terus menanggung nafkah keluarga kerana isteri tidak bekerja. Saya terpaksa membuat pelbagai jenis pekerjaan sampingan antaranya menjual seluar jeans terpakai dan lampin bayi, " kongsi Mohd Rafae.
Memandangkan beliau mempunyai latar belakang pendidikan kejuruteraan mekatonik dan meminati bidang automatif, beliau mengeluarkan duit simpanan KWSP berjumlah RM120,000 untuk membuka sebuah bengkel servis tayar di Seremban.
Namun, yang dirancang tidak menjadi dan bengkel servis itu terpaksa ditutup pada 2013 selepas tiga tahun beroperasi akibat kehabisan duit modal.
Tidak berputus asa, Mohd Rafae meneruskan minatnya dengan menawarkan perkhidmatan servis kereta secara kecil-kecilan dari rumahnya dan menerima banyak permintaan dari jiran serta rakan terdekat.
Pada masa yang sama, beliau juga menghasilkan pelbagai inovasi, antaranya ciptaan sebuah alatan khas yang boleh membantu tukang paip menembak keluar barang-barang yang tersumbat di dalam lubang tandas. Inovasi ini pernah memenangi hadiah utama pertandingan Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB) anjuran Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) pada 2015.
"Saya akui kehidupan dan karier saya bermula perlahan-lahan dan beransur ke arah lebih baik selepas saya menyertai pertandingan inovasi ini. Ia banyak membantu saya membina kembali keyakinan terhadap diri saya walaupun berstatus OKU fizikal, tiada yang mustahil di dunia ini," katanya.
Program SUPERB adalah program berasaskan pertandingan business pitching yang mengangkat idea perniagaan inovatif dan kreatif sebagai tema pertandingan. Antara objektif utama program ini diwujudkan untuk mengenalpasti usahawan permulaan Bumiputera berdaya saing yang menerapkan amalan kreatif dan inovatif dalam penghasilan produk dan perniagaaan mereka.
Gigih cipta inovasi
Tidak lagi menoleh ke belakang, Mohd Rafae melihat potensi dirinya boleh dikembangkan dalam bidang inovasi serta penciptaan alatan yang boleh membantu memudahkan kehidupan seharian, dalam masa yang sama boleh dijadikan sebagai salah satu punca rezeki buatnya.
Bemula tahun 2016, beliau mula dijemput oleh pelbagai universiti sebagai penceramah berkaitan topik inovasi, dan turut mempunyai modul sendiri untuk dikongsikan bersama peserta. Beliau juga sering dijemput menjadi jurulatih bagi pelbagai pertandingan inovasi di seluruh negara.
"Khidmat saya untuk masyarakat tidak terhenti di situ kerana saya ingin idea inovasi saya terus memanfaatkan ahli masyarakat. Baru-baru ini, ketika pandemik COVID-19 mula melanda negara pada sekitar penghujung tahun 2019, saya mula mencari idea bagaimana untuk membantu petugas Barisan Hadapan yang ketika itu menghadapi kekurangan bekalan peralatan perlindungan diri (PPE), antaranya pelindung muka.
"Dengan keadaan kebanyakan kedai ditutup akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama, saya mencipta sendiri pelindung muka menggunakan bahan yang ada di rumah antaranya fail plastik lama yang dipotong, dan disambungkan dengan getah paip. Beberapa kali juga saya tambah baik prototaip ini hingga akhirnya mendapat sambutan oleh NGO untuk disumbangkan ke hospital, antaranya Hospital Serdang dan Hospital Kajang. Seingat saya hampir tiga ribu keping pelindung muka juga terjual ketika itu," jelasnya.
Di samping mencipta pelbagai produk inovasi, beliau turut mengusahakan perkhidmatan rawatan untuk masalah berkaitan sakit tulang belakang dengan menggunakan teknik urutan beliau sendiri dinamakan teknik Bugaga.
Perlu berdikari
Sebagai bapa, Mohd Rafae berazam tidak mahu anak-anaknya hidup susah selepas ketiadaan beliau nanti apatah lagi status dirinya sebagai seorang OKU fizikal, maka beliau perlu mempersiapkan mereka dengan pelbagai ilmu kelangsungan hidup.
Sebagai budak kampung, beliau mempunyai kepakaran menjerat dan menangkap burung, dan ilmu itu diperturunkan kepada anak-anaknyanya, Anwar Danish, 14, Muhammad Kamil, 12, Nurul Hana, 10, Siti Hajar, 8, dan Aufa, 4.
"Saya mahu mereka pandai berdikari mencari makanan sendiri sekiranya suatu hari nanti keputusan bekalan makanan. Di zaman pandemik ini sebarang kemungkinan buruk boleh berlaku, diharapkan dengan kemahiran menjerat burung ini dapat dimanfaatkan mereka. Saya ajar mereka bagaimana ingin memasang jaring dan perangkap burung, setiap hari dapat jugalah beberapa ekor burung merbah dan tekukur untuk dijadikan hidangan makanan seisi keluarga.
"Selain itu, saya juga rajin ajar mereka kemahiran pembaikan yang ringkas seperti mesin basuh dan enjin motorsikal. Saya turut ajar mereka kemahiran memasak yang ringkas seperti nasi goreng dan lauk. Diharapkan semuanya ini bermanfaat untuk anak-anak saya," katanya.
-- BERNAMA/Suntingan Melati Mohd Ariff
* Artikel ini bersempena Hari Bapa yang disambut pada hari Ahad ketiga bulan Jun setiap tahun.
Bernama
Wed Jun 16 2021
Mohd Rafae mengajar anak-anaknya kemahiran hidup yang boleh dimanfaatka sepanjang hayat. - Foto: Mohd Rafae Abd Raof
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
[TERKINI] Bendera terbalik, Lee Zii Jia melakukan kesilapan kritikal
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata biarpun pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, telah memohon maaf, tetapi kesilapan memakai jersi memaparkan bendera Malaysia secara terbalik, sebagai kesilapan kritikal.
JIM Selangor gempur kawasan setinggan warga asing
Jabatan Imigresen (JIM) Selangor menahan 49 warga asing yang didapati melakukan pelbagai kesalahan berkaitan imigresen selepas menyerbu sebuah kawasan setinggan di Taman Ayer Hitam awal pagi tadi.
Zahid tidak terima sebarang makluman daripada Tengku Zafrul
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Saintis muda tonggak sains iklim - Nik Nazmi
Penglibatan saintis Malaysia dalam sains iklim global amat penting untuk memperkukuh pengaruh negara dalam dasar antarabangsa, menurut Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau menegaskan bahawa penyertaan aktif Malaysia dalam proses Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim (I-P-C-C) perlu diperkasakan, terutama ketika negara berdepan kesan perubahan iklim yang semakin serius.
Beliau menegaskan bahawa penyertaan aktif Malaysia dalam proses Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim (I-P-C-C) perlu diperkasakan, terutama ketika negara berdepan kesan perubahan iklim yang semakin serius.
1,342 kes denggi, dua kematian direkod minggu lalu - KKM
Sebanyak 1,342 kes demam denggi dan dua kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-49 (ME49) berbanding 1,249 kes dan tiada kematian pada minggu sebelumnya.
Papagomo dibebaskan dengan jaminan polis selepas beri keterangan
Papagomo ditahan 1.30 pagi semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes memanipulasi nama sebuah syarikat untuk mengutip dana daripada orang awam.
Banjir: Pakai jubah di PPS ambil 'vibes' konvokesyen
"Saya pakai jubah di pusat pemindahan sementara (PPS) untuk merasai 'vibes' konvokesyen," kata mahasiswa Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Durratul Alia Mohd Kamil, 24, yang terjejas banjir.
Planworth tawar pembiayaan alternatif hingga RM20 juta sokong PMKS
Pembiayaan ditawarkan kepada mereka yang mendapat tawaran kontrak atau sebut harga dari kerajaan, GLC dan syarikat swasta.
AWANI Ringkas: Beregu campuran negara mara ke final
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Usaha gigih lelaki OKU fizikal untuk sara keluarga
"Tiada apa yang mustahil sebenarnya di dunia ini. Yang perlu semangat, azam serta usaha gigih. Jangan lupa berdoa semoga Allah SWT memberkati segala usaha kita."