GAYA HIDUP
Usahawan muda angkat kembali warisan atap nipah dan rumbia
Saniah melakukan kerja-kerja menyemat kepingan atap nipah di rumahnya di Kampung Parit Putat dekat Sungai Rambai, baru-baru ini. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Ketika semakin ramai pembuat atap tradisional memilih untuk bersara dan kemahiran itu kian dilupakan, seorang usahawan muda dari Sungai Rambai, Melaka mengambil langkah berani menghidupkan semula perniagaan atap nipah dan rumbia secara komersial.
Ringkasan AI
Ahmad Firdaus Shahidin, 33, memulakan usaha itu pada 2018 selepas meninggalkan kerjaya dalam sektor pembuatan di Johor Bahru, memilih untuk meneroka bidang yang jarang diceburi tetapi sarat dengan nilai warisan.
Menurutnya, minat terhadap sesuatu yang unik serta berbeza mendorong beliau menceburi perniagaan atap tradisional yang, walaupun kelihatan lapuk, masih mempunyai permintaan tersendiri.
Ketika mencari peluang perniagaan yang sesuai, beliau mendapati atap tradisional itu masih mempunyai permintaan, terutama untuk kegunaan dekorasi seperti gazebo, pondok kebun dan landskap halaman, walaupun jumlah pembuatnya semakin berkurangan dan kemahiran itu tidak lagi diwarisi secara meluas oleh generasi baharu.
"Waktu itu saya diberitahu oleh bapa saudara saya di Selangor yang terlibat dalam perniagaan atap tradisional bahawa bekalan semakin berkurangan walaupun permintaan masih ada. Dari situ saya mula nampak peluang untuk menghidupkan semula perniagaan ini," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Beliau berkata di kampungnya sendiri, proses pembuatan atap tradisional telah lama terhenti walaupun masih ada individu yang mahir menghasilkan atap secara manual.
"Saya ambil peluang untuk menyambung semula kerja ini dan menghidupkan semula kemahiran yang hampir dilupakan," katanya.
Susulan itu, Ahmad Firdaus mendapatkan semula khidmat pasangan suami isteri, Saniah Arun, 61, dan Mohd Nor Salam, 65, yang sebelum ini pernah menghasilkan atap tradisional di kampungnya.
Pasangan berpengalaman itu kini menjadi tulang belakang dalam proses pembuatan atap nipah dan rumbia secara kecil-kecilan, dengan Saniah menumpukan pada kerja menyemat setiap kepingan atap, manakala Mohd Nor menyediakan buluh, kulit bemban dan bahan sokongan lain.
Bagi memastikan bekalan bahan mentah sentiasa mencukupi, Ahmad Firdaus yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan Kejuruteraan mendapatkan daun nipah dan rumbia daripada dua pembekal tetap di Muar dan Batu Pahat, mengikut spesifikasi kualiti yang ditetapkan.
"Cabaran terbesar sebenarnya adalah mendapatkan daun nipah yang benar-benar berkualiti. Berdasarkan pengalaman dan kajian saya, daun perlu selebar sekurang-kurangnya tiga jari supaya atap yang dihasilkan lebih kuat dan tahan lama," katanya.
Mengakui masih ada segelintir pihak yang memandang rendah kerja pembuatan atap tradisional dan mempersoalkan kenaikan harga ketika ini, Ahmad Firdaus menjelaskan kos bahan mentah sentiasa meningkat saban tahun selain kualiti daun yang tidak lagi sama seperti dahulu.
"Kami tidak boleh menyimpan stok terlalu lama kerana daun mudah rosak, jadi kebanyakan tempahan perlu dibuat mengikut permintaan," katanya yang memastikan setiap tempahan menepati kualiti yang ditetapkan.
Menurutnya, Saniah mampu menyiapkan kira-kira enam keping atap sejam bergantung pada saiz, manakala tempahan berskala besar, contohnya melebihi 400 keping, lazimnya dapat disiapkan dalam tempoh kurang dua minggu.
"Sejak lapan tahun lepas hingga kini, kami telah menghasilkan lebih 70,000 keping atap tradisional untuk lebih 1,200 pelanggan di seluruh Semenanjung Malaysia dan juga Singapura. Permintaan biasanya meningkat pada bulan puasa dan musim perayaan, selain tempahan untuk gazebo, pondok kebun dan dekorasi premis makanan," katanya yang merancang meneroka penggunaan mesin pada masa depan bagi meningkatkan produktiviti.
Melihat potensi dan nilai warisan yang dimiliki, Ahmad Firdaus berharap lebih ramai anak muda mempelajari kemahiran pembuatan atap tradisional agar ia tidak lenyap ditelan zaman.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Usahawan muda dari Sungai Rambai, Melaka, Ahmad Firdaus Shahidin, 33 tahun, menghidupkan semula perniagaan atap nipah dan rumbia secara komersial selepas meninggalkan kerjaya dalam sektor pembuatan di Johor Bahru untuk mengekalkan warisan yang semakin dilupakan.
- Permintaan terhadap atap tradisional masih wujud terutama untuk kegunaan dekorasi seperti gazebo, pondok kebun, dan landskap halaman, walaupun jumlah pembuat atap semakin berkurangan dan kemahiran ini tidak diwarisi secara meluas oleh generasi baharu.
- Ahmad Firdaus telah menghasilkan lebih daripada 70,000 keping atap tradisional bagi lebih daripada 1,200 pelanggan di Semenanjung Malaysia dan Singapura sejak lapan tahun lalu, dan merancang untuk menggunakan mesin pada masa depan bagi meningkatkan produktiviti serta menggalakkan anak muda mempelajari kemahiran pembuatan atap tradisional untuk mengekalkan warisan tersebut.