[TERKINI] Krisis Iran-Israel Meluas | Serangan AS ke Tapak Nuklear Cetus Kebimbangan Global – Ini Apa yang Kita Tahu Setakat Ini
LIFESTYLE

'Wang kertas pun kena samak juga' - Netizen tolak cadangan troli halal

Madiha Abdullah 10/11/2015 | 08:56 MYT
Adalah lebih baik pengguna menggunakan kebijaksanaan sendiri dalam menilai perkara tersebut.
Bermacam-macam pendapat diutarakan netizen susulan kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hamzah Zainuddin, yang mencadangkan pengasingan troli di pusat beli-belah untuk produk halal dan tidak halal.
Di laman sosial, rata-rata berpendapat hal sedemikian tidak perlu memandangkan ia bukan satu keperluan.
Ini berdasarkan fakta bahawa agama Islam bukan sebuah agama yang menyusahkan.
Pengasingan troli disifatkan sebagai bukan penyelesaian dalam menentukan tahap 'kebersihan' troli yang digunakan. Sebaliknya, ramai berpendapat adalah lebih baik pengguna menggunakan kebijaksanaan sendiri dalam menilai perkara tersebut.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Saya tidak setuju dengan troli halal dan haram di pasaraya. Islam tidak menyulitkan manusia seperti ini. Kenapa dari...

Posted by Nasrul Alam Ash'ari on
Seorang penceramah bebas, Wan Ji Wan Hussin, juga berkongsi pandangan yang sama. Dalam penjelasannya kepada The Malay Mail, produk tidak halal kebiasaannya dijual di dalam bekas dan tidak bersentuhan secara langsung dengan troli.
Dalam kenyataannya sebelum ini, Datuk Hamzah berkata undang-undang pengasingan troli itu masih di peringkat perbincangan dan kajian menyeluruh perlu dilakukan memandangkan ia memerlukan peruntukan kos yang tinggi.
#pusat beli-belah #troli #troli halal