awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kanak-kanak tiga tahun maut dalam kebakaran di Banting
Raja Perlis harap kerajaan negeri perkasa penghayatan al-Quran, teras pembinaan ummah
AS kekal hak menjamin keselamatan ketenteraan pangkalan Diego Garcia - Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warna-warni PRU14: Abang polis curi perhatian di Bukit Indah

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
09/05/2018
10:30 MYT
Warna-warni PRU14: Abang polis curi perhatian di Bukit Indah
Anggota polis itu, menurut Matilda, bukan sahaja elok rupa paras, tetapi juga melayan orang ramai dengan baik. -Facebook Matilda NY
LAMAN sosial hari ini cukup meriah dengan pelbagai perkongsian berkaitan Pilihanraya Umum ke 14.
Namun satu entri dari seorang pengguna Facebook dengan nama Matilda NY ini boleh dikatakan yang paling berjaya mencuri tumpuan.
Menerusi entri itu, Matilda menceritakan tentang seorang anggota polis yang ditemui sedang bertugas, ketika dia sedang beratur untuk membuang undi di SMK Bukit Indah, Johor Bahru.
Anggota polis itu, menurut Matilda, bukan sahaja elok rupa paras, tetapi juga melayan orang ramai dengan baik.
"Saya bawa snek dan payung, tak boleh bawa masuk jadi letak di atas mejanya. Sempat berbual, tak sombong orangnya," tulis Matilda.
Polis Diraja Malaysia, dalam reaksi balasnya, mengucapkan terima kasih kepada Matilda kerana entri tersebut dianggap satu pujian buat perkhidmatan yang diberikan oleh anggota mereka.
"Terima kasih saudari Matilda sudi memberi 'posting' penghargaan kepada petugas #PRU14, Lans Koperal Abang Syukrizul Hafiz Abang Abdillah dari Balai Polis Bukit Indah, Johor yang berketerampilan segak dan tidak lekang dengan senyuman walaupun sedang bertugas.
"Kami begitu hargai ucapan dan kata-kata positif yang diberikan anda kepada warga kerja kami," status itu menyebut.
Entri asal Matilda di akaun Facebooknya setakat ini sudah mencapai lebih 13,000 likes dan lebih 5,000 perkongsian.
Topic Berkaitan
#anggota polis
#bukit indah
#Johor
#PDRM
#petugas
#pilihan raya
#Polis Diraja Malaysia
#PRU14
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan