Skip to main content

Bisnes

APPIES 2026: Astro raih 11 kemenangan, OMD agensi media terbaik

APPIES MALAYSIA
Astro meraih 11 kemenangan pada APPIES Malaysia 2026, termasuk dua anugerah emas. - Foto Astro
Advertisement

KUALA LUMPUR: Astro mencatat pencapaian membanggakan apabila meraih 11 kemenangan pada APPIES Malaysia 2026, merangkumi dua emas, dua perak, empat gangsa dan tiga merit.

Turut mencuri tumpuan, OMD dinobatkan sebagai Agensi Media Terbaik Tahun Ini (Media Agency of the Year), selain menjadi antara rakan agensi yang bekerjasama dalam kempen Astro yang meraih emas pada acara berkenaan.

Astro berkata, kejayaan itu mencerminkan kekuatan kerjasama antara syarikat berkenaan dengan pelanggan dan rakan agensi dalam menghasilkan kempen pemasaran yang memberi impak kepada jenama serta perniagaan.

Dua kemenangan emas Astro diraih menerusi Abah Saya Uncle Mike bagi kategori Kandungan dan Penerbitan Jenama Terbaik serta Gegar Vaganza bagi kategori Kandungan dan Hiburan Berjenama Terbaik.

Bagi Gegar Vaganza, kemenangan emas diraih menerusi kempen “CelcomDigi x Gegar Vaganza: Ada Top Up, Ada Vote Lagi!”, hasil kerjasama Astro Media Solutions dan OMD (M) Sdn Bhd.

Sementara itu, kempen Abah Saya Uncle Mike membabitkan kerjasama Etika Group of Companies bagi jenama 7UP dan Mirinda bersama Astro Shaw serta Ampersand Advisory.

Kempen itu mengetengahkan penceritaan yang menyentuh emosi rakyat dan berjaya diterjemahkan kepada pertumbuhan jualan sebanyak 23 peratus.

“Kemenangan ini amat bermakna kerana ia mencerminkan kepercayaan bersama bahawa pemasaran yang berkesan bukan lagi sekadar untuk mencapai khalayak.

“Sebaliknya, ia mengenai penciptaan pengalaman, penceritaan dan komuniti yang menjadi pilihan orang ramai untuk berinteraksi, sekali gus beralih daripada pemasaran khalayak kepada pemasaran berasaskan komuniti peminat,” katanya menerusi kenyataan yang disiarkan hari ini.

Dua anugerah perak pula diraih menerusi Malam Terlarang bersama Wonda Coffee bagi kategori Media Sosial Terbaik serta Abah Saya Uncle Mike bagi kategori Inovasi Terbaik.

Empat gangsa melibatkan Malam Terlarang, Abah Saya Uncle Mike, Dapur Goodday Misi Inspektor Sani dan The Destiny Network.

Astro turut meraih tiga merit menerusi Malam Terlarang, kempen “Inilah Kita, Sehati Bersama” serta ALPHA menerusi kerjasama dengan U Mobile.

Menurut Astro, pencapaian itu turut memperlihatkan perubahan pendekatan pemasaran daripada sekadar mencapai khalayak kepada membina hubungan lebih mendalam menerusi pemasaran berasaskan komuniti peminat.

APPIES Malaysia 2026 berlangsung di Pusat Konvensyen KLGCC, Kuala Lumpur pada Jumaat, 21 Ogos lalu.

Memasuki tahun ke-11 penganjurannya, APPIES Malaysia menjadi antara platform utama negara dalam mengiktiraf keberkesanan pemasaran dengan memberi penekanan kepada strategi, kreativiti serta hasil yang boleh diukur.

Must Watch Video

Advertisement