Skip to main content

Dunia

Tiger Shroff cedera ringan dalam insiden tembakan

Tiger Shroff menerima kunjungan Timbalan Ketua Menteri Maharashtra, Eknath Shinde, di kediamannya susulan insiden tembakan. - Foto Sinar Harian/Agensi
Tiger Shroff menerima kunjungan Timbalan Ketua Menteri Maharashtra, Eknath Shinde, di kediamannya susulan insiden tembakan. - Foto Sinar Harian/Agensi

Advertisement

MUMBAI: Timbalan Ketua Menteri Maharashtra, Eknath Shinde, melawat pelakon Bollywood Tiger Shroff di kediamannya pada Ahad susulan insiden tembakan yang berlaku di kawasan Juhu, Mumbai.

Menurut Eknath Shinde, lima das tembakan dilepaskan dalam kejadian itu, namun Tiger Shroff dilaporkan selamat.

Beliau berkata pelakon berkenaan mengalami kecederaan pada tangan kiri akibat serpihan kaca dan kesan serbuk letupan, manakala pemandunya turut cedera dalam insiden tersebut.

Gambar yang dikongsi media menunjukkan Tiger Shroff memakai balutan pada lengan serta bahagian bahu dan dada ketika menerima kunjungan Shinde.

Menurut laporan The Times of India, kejadian berlaku ketika pelakon itu meninggalkan sebuah kelab bola sepak pada petang Ahad.

Ibu beliau, Ayesha Shroff, turut berada di kediaman berkenaan semasa lawatan tersebut.

Shinde mengutuk insiden berkenaan dan memberi jaminan bahawa kerajaan negeri akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap sebarang ancaman yang menyasarkan tokoh awam.

Beliau turut menegaskan pihak berkuasa tidak akan bertolak ansur terhadap cubaan menakut-nakutkan orang ramai serta berikrar untuk memastikan keselamatan awam terus terpelihara.

Polis setakat ini menegaskan bahawa Tiger Shroff tidak mengalami sebarang kecederaan akibat tembakan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

 

 

Must Watch Video

Advertisement