Skip to main content

Malaysia

Astro 30th: Terima kasih Malaysia, angkat kisah dan bakat tempatan di lokasi ikonik

ASTRO MERDEKA TB
Sempena meraikan 30 tahun, pendekatan ini menjadi sebahagian daripada usaha Astro untuk memperluas pengalaman penceritaan, sekali gus mengangkat kisah Malaysia merentasi generasi dan platform. - Gambar Astro
Advertisement

KUALA LUMPUR: Lebih 50,000 pengunjung membanjiri Dataran Merdeka bagi memeriahkan Light Up Astro yang menggabungkan sambutan Hari Kebangsaan dengan ulang tahun ke-30 Astro menerusi pertunjukan dron, persembahan pentas dan pengenalan karya tempatan.

Ketua Astro Shaw merangkap Naib Presiden Perniagaan Melayu Nusantara, Astro, Raja Jastina Raja Arshad berkata, pemilihan Dataran Merdeka mencerminkan hubungan erat antara perjalanan Astro, kisah tempatan dan rakyat Malaysia sepanjang tiga dekad.

Menurutnya, latar Bangunan Sultan Abdul Samad yang menjadi saksi pelbagai detik penting negara turut menjadikan lokasi itu bertepatan untuk meraikan Hari Kebangsaan serta perjalanan Astro bersama rakyat.

“Kami mahu meraikan rakyat Malaysia yang menjadi sebahagian daripada perjalanan Astro kerana kisah-kisah Malaysia merupakan nadi perjalanan kami sepanjang 30 tahun.

“Malam ini, kami meneruskan komitmen untuk membawa karya baharu seperti Terbang dan Kudrat 1968 lebih dekat kepada rakyat Malaysia,” katanya.

Pertunjukan dron yang julung kali dianjurkan Astro menjadi antara tarikan utama acara dengan mengetengahkan visual berkaitan kisah dan bakat tempatan di ruang udara Dataran Merdeka.

Image
ASTRO MERDEKA INSERT
-Kredit Astro

 

Image
ASTRO MERDEKA INSERT
-Kredit Astro

Pada acara sama, Astro Shaw turut memperkenalkan dua karya terbaharunya, “Terbang” dan “Kudrat 1968: High Council”, yang membawa pendekatan berbeza dalam mengangkat penceritaan Malaysia.

“Terbang, arahan Chiu Keng Guan, merupakan sebuah filem aksi yang diilhamkan daripada kisah benar legenda rali negara, Karamjit Singh serta mengangkat semangat rakyat Malaysia dalam mencapai sesuatu yang dianggap mustahil.

“Kami berharap Terbang dapat memberi inspirasi dan menyedarkan semua bahawa anak Malaysia mampu melakukan sesuatu yang dianggap mustahil,” ujarnya.

Filem berkenaan akan menemui penonton di pawagam bermula 17 September ini.

Sementara itu, “Kudrat 1968: High Council” memperluas dunia francais popular “High Council” menerusi naratif yang lebih gelap dan matang, di samping membuka ruang kepada generasi baharu pengkarya tempatan.

“Menerusi Kudrat 1968, kami mengambil pendekatan berbeza dengan menyerahkan kesinambungan karya kepada generasi pembikin filem seterusnya.

“Itulah yang dilakukan Astro dengan memberikan peluang kepada bakat muda untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan kami,” jelasnya.

Karya itu akan diperkenalkan terlebih dahulu menerusi siri premium Astro Originals sebanyak empat episod sebelum kisahnya diteruskan ke layar perak.

Pendekatan berkenaan menjadi sebahagian daripada komitmen Astro untuk terus memperluas pengalaman penceritaan serta mengangkat kisah dan bakat Malaysia merentasi generasi dan platform.

Image
ASTRO MERDEKA INSERT
-Kredit Astro
Image
ASTRO MERDEKA INSERT
-Kredit Astro

Must Watch Video

Advertisement