Skip to main content

Malaysia

Astro Raih 19 pengiktirafan pemenang kebangsaan AACA 2026

Kesemua pemenang kebangsaan kini akan mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa sebelum pemenang keseluruhan Asian Academy Creative Awards 2026 diumumkan. - Foto Gempak
Kesemua pemenang kebangsaan kini akan mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa sebelum pemenang keseluruhan Asian Academy Creative Awards 2026 diumumkan. - Foto Gempak

Advertisement

ASTRO mencatat pencapaian cemerlang apabila meraih 19 pengiktirafan Pemenang Kebangsaan Malaysia dalam Asian Academy Creative Awards (AACA) 2026, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju kandungan dan produksi kreatif tempatan.

Antara karya yang paling menonjol ialah drama bersiri Good Boys Go to Heaven yang membawa pulang lima pengiktirafan termasuk Drama Bersiri Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik Dalam Peranan Utama menerusi Beto Kusyairy, Sinematografi Terbaik (Fiksyen), Penyuntingan Terbaik serta Lakon Layar Terbaik.

Filem Malam Terlarang pula mencipta kejayaan tersendiri dengan empat kemenangan iaitu Filem Cereka Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik Dalam Peranan Sokongan menerusi Sofia Jane, Pengarahan Terbaik (Filem Cereka) oleh Allahyarham Norhanisham Muhammad serta Promo atau Trailer Terbaik.

Program hiburan Talk To My Manager turut menyerlah apabila merangkul dua pengiktirafan menerusi kategori Hiburan Tanpa Skrip Terbaik dan Hos Hiburan Terbaik yang dimenangi Datuk Aznil Haji Nawawi.

Selain itu, pelbagai kandungan Astro turut dipilih sebagai Pemenang Kebangsaan Malaysia dalam kategori masing-masing.

Senarai 19 pengiktirafan Astro adalah seperti berikut:

1. Pelakon Lelaki Terbaik Dalam Peranan Utama – Beto Kusyairy, Good Boys Go to Heaven
2. Pelakon Wanita Terbaik Dalam Peranan Sokongan – Sofia Jane, Malam Terlarang
3. Adaptasi Format Sedia Ada Terbaik (Skrip) – Bad Cop
4. Program Berjenama Terbaik – Dapur Bapak Bapak
5. Sinematografi Terbaik (Fiksyen) – Tan Teck Zee, Good Boys Go to Heaven
6. Pengarahan Terbaik (Filem Cereka) – Allahyarham Norhanisham Muhammad, Malam Terlarang
7. Drama Bersiri Terbaik – Good Boys Go to Heaven
8. Penyuntingan Terbaik – Basil Faizal & Safwan Salleh, Good Boys Go to Heaven
9. Hos Hiburan Terbaik – Datuk Aznil Haji Nawawi, Talk To My Manager
10. Penyampai Faktual Terbaik – Boey Leong, Prime Talk
11. Filem Cereka Terbaik – Malam Terlarang
12. Program Hiburan Umum, Permainan atau Kuiz Terbaik – Astro KUDADA CNY Countdown Gala 2026
13. Program Muzik atau Tarian Terbaik – Astro Star Quest 2025
14. Hiburan Tanpa Skrip Terbaik – Talk To My Manager
15. Promo atau Trailer Terbaik – Malam Terlarang
16. Lakon Layar Terbaik – Mira Mustaffa, Good Boys Go to Heaven
17. Kandungan Bentuk Pendek Terbaik – Life In A Loop
18. Drama Tunggal/Telemovie/Episod Antologi Terbaik – Kerikil Depan Pintu
19. Kesan Visual atau Khas Terbaik Dalam Siri TV atau Filem Cereka – Sujud Terakhir Encik Norman

Selain daripada itu, Viu Malaysia juga meraih lima kemenangan peringkat kebangsaan di Asian Academy Creative Awards (AACA) 2026 menerusi produksi Viu Original dalam kategori lakonan, pengarahan, muzik, dan penceritaan format pendek.

Drama Seadanya Kita menyaksikan Emma Maembong memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik manakala lagu tema rasmi Berakhir Kita meraih anugerah Lagu Tema Terbaik.

Drama Kelas Belakang pula menyumbang dua kemenangan menerusi kategori Pengarahan Terbaik Skrip yang dimenangi Nurhanisham Muhammad dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi Farihin Arnia.

Sementara itu, Viu Micro Drama Cinta Ori, yang diterbitkan bersama Creative Stew dan Mi Sedaap Malaysia, meraih kemenangan dalam kategori Drama Mikro Terbaik.

Kesemua pemenang kebangsaan kini akan mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa sebelum pemenang keseluruhan Asian Academy Creative Awards 2026 diumumkan.

Majlis kemuncak AACA 2026 dijadual berlangsung di Capitol Theatre, Singapura, pada 3 Disember depan.

Must Watch Video

Advertisement