JURI tetap Kilauan Emas (KE) Selebriti, Datuk Yusry Abdul Halim mengakui tidak tersinggung dengan tindakan peserta, Maria Tunku Sabri yang dilihat kerap mencelah ketika barisan juri memberikan komen terhadap persembahannya.
Sebaliknya, Yusry menganggap situasi tersebut sebagai sebahagian daripada elemen hiburan yang diperlukan dalam program berkenaan.
“Saya tak rasa tersinggung, sebab show ini perlukan momen-momen sebegitu. Maria dia pandai sebab dia sendiri mengaku dia bukanlah seorang vokalis yang bagus jadi kekuatan dia di situ dia nak jual personaliti dan kekecohan dia.
“Pada saya, kalau netizen cakap dia kurang ajar ke, happening ke, dia hanya melakukan kerja dia untuk mendapatkan perhatian penonton dan sokongan,” katanya.
Yusry juga mengakui, Maria sendiri bijak menyedari keterbatasan vokalnya dan memahami bahawa peserta lain mempunyai kekuatan masing-masing dari segi nyanyian.
“Kalau nak go on vokal, dia tahu dia ada vokal limitation, dia tahu peserta lain ada kekuatan di sana,” jelasnya.
Dalam pada itu, Yusry mengingatkan penonton supaya tidak melihat Kilauan Emas Selebriti sebagai sebuah pertandingan nyanyian yang perlu diambil terlalu serius.
“Ini bukan pertandingan nyanyian, dan mereka buat untuk kebajikan. Saya tak rasa semua orang perlu serius.
“Ianya untuk hiburan dan melihat mereka yang tidak pernah menyanyi sebelum ini menyanyi,” ujarnya. - Gempak