Skip to main content

Malaysia

Malek Rahman sahkan bernikah dengan Dang Suria

https://gempak.com/hiburan/nikahi-dang-suria-dengan-mas-kahwin-rm7-ribu-malek-rahman-sudah-market
Malek berkongsi beberapa keping foto majlis pernikahan dengan Dang Suria di laman Threads.

BEKAS pemain bola sepak kebangsaan, Malek Rahman akhirnya mengesahkan pernikahan bersama bekas personaliti televisyen, Dang Suria Zainurdin yang dilaporkan telah berlangsung semalam.

Pengesahan tersebut dibuat menerusi beberapa keping foto saat majlis pernikahan berlangsung. Kedua-dua mempelai dilihat memakai busana pengantin warna putih dalam majlis tersebut.

Advertisement

Turut disertakan bersama beberapa gambar pada majlis pernikahan adalah kapsyen mengenai hari bersejarahnya dengan Dang Suria.

“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih dipanjangkan usia untuk kembali merasai nikmat perkahwinan.

"Semoga ikatan cinta dua hati ini kekal sehingga jannah.

"Doakan kebahagiaan ini berkekalan hingga akhir hayat. Malek Rahman sudah 'off market'," tulis Malek yang juga melahirkan rasa terima kasih kepada semua pihak di akaun Threads. 

Pada perkongsian sama, bekas pemain Selangor FC itu juga mendedahkan memberi RM7,000 kepada Dang Suria sebagai mas kahwin.

Bagaimanapun Dang Suria, 54, belum memberi sebarang kenyataan rasmi mengenai perkahwinan bersama Malek, 56.

Dang Suria pernah berkahwin dengan pengulas sukan, Abu Bakar Atan, namun bercerai pada Oktober 2004 selepas kira‑kira empat tahun mendirikan rumah tangga.

Dia kemudian mendirikan rumah tangga dengan penulis lirik, Ad Samad pada 2009, namun jodoh mereka tidak berpanjangan. 

Malek juga diketahui pernah gagal dalam perkahwinan. - Gempak

Must Watch Video