Skip to main content

Malaysia

“Terima kasih isteri saya kerana setia berada di sisi…” - Syed Saddiq

Biarpun sudah beberapa kali, namun Syed Saddiq tetap meluahkan rasa teruja apabila buat kali pertama isterinya datang ke Muar sebagai isterinya. - Foto Gempak
Biarpun sudah beberapa kali, namun Syed Saddiq tetap meluahkan rasa teruja apabila buat kali pertama isterinya datang ke Muar sebagai isterinya. - Foto Gempak

Advertisement

Ringkasan AI

  • Syed Saddiq mengucapkan terima kasih kepada isterinya, Bella Astillah, atas sokongan dan kesetiaan sejak dua tahun lalu.
  • Majlis resepsi pasangan itu diadakan di Yong Sheng, Muar, Johor pada hari Sabtu dengan kehadiran ramai tetamu dari pelbagai negeri.
  • Syed Saddiq turut menghargai kehadiran rakyat Muar dan memohon maaf jika terdapat sebarang kekurangan sepanjang majlis berlangsung.

AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq menzahirkan ucapan terima kasih buat isteri tercinta iaitu pelakon dan penyanyi Bella Astillah yang sentiasa berada di sisinya sejak dua tahun lalu.

Biarpun sudah beberapa kali, namun Syed Saddiq tetap meluahkan rasa teruja apabila buat kali pertama isterinya datang ke Muar sebagai isterinya.

“Raja sehari takkan sempurna tanpa ratu. Terima kasih kepada isteri saya kerana setia berada di sisi saya… dah masuk tahun kedua.

“Tak ingat berapa kali dia turun Muar. Tapi Insya-Allah takkan penat turun ke Muar beberapa kali. Buat pertama kali dia turun Muar sebagai isteri saya,” kongsinya.

Dalam pada itu, Syed Saddiq turut berharap beliau dapat meluangkan lebih masa dengan semua rakyat Muar yang hadir ke majlis resepsi dari pukul 6 pagi.

“Kalau boleh saya nak lebih luangkan masa dengan rakyat, tunggu di bawah panas terik. Cuma, kami ingin ucapkan terima kasih, ada yang datang dari Perlis, Kedah, terbang dari Kuching, memandu dari Singapura… kami terhutang budi.

“Cuma kami ingin ucapkan terima kasih. Kami ingin menyusun 10 jari mohon maaf jika ada kekurangan, tak disangka sebab ada yang datang dari  pukul 6 pagi. Kalau boleh saya nak jumpa seramai yang mungkin.

“Terima kasih kerana mendoakan kebahagian kami, moga kebahagian ini dapat dikongsikan semula, perkara ni takkan berlaku tanpa doa kalian dan dalam masa yang sama, takkan berjaya tanpa kesetiaan isteri disisi saya,” ujarnya.

Majlis resepsi Syed Saddiq dan Bella Astillah diadakan di Yong Sheng, Muar, Johor. -- Gempak
 

Must Watch Video

Advertisement