Skip to main content

Hiburan

Astro perkenal Sony VIZHA bermula malam ini, meriahkan Deepavali

Astro mengangkat tema Ondrinaindhu Kondaduvom yang bermaksud 'Bersama-sama Kita Raikan', bagi meraikan semangat kebersamaan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum,. -Gambar Astro Ulagam
Astro mengangkat tema Ondrinaindhu Kondaduvom yang bermaksud 'Bersama-sama Kita Raikan', bagi meraikan semangat kebersamaan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum,. -Gambar Astro Ulagam

Advertisement

KUALA LUMPUR: Astro memperluas pilihan hiburan berbahasa Tamil sempena sambutan Pesta Cahaya tahun ini menerusi pengenalan saluran premium baharu, Sony VIZHA.

Mula bersiaran pada pukul 10.30 malam ini menerusi saluran 220, ia menawarkan pelbagai kandungan termasuk filem blockbuster, rancangan realiti, rancangan permainan, siri fiksyen asli dan konsert

Bersesuaian dengan namanya, Vizha yang bermaksud ‘perayaan’ dalam bahasa Tamil, saluran itu turut mengetengahkan budaya, muzik, penceritaan serta pengalaman kehidupan seharian masyarakat Tamil.

Kepelbagaian kandungan itu mencerminkan komitmen Astro dalam menyajikan hiburan yang bukan sahaja memenuhi cita rasa penonton, malah mengetengahkan kisah dan isu yang dekat dengan kehidupan masyarakat.

 

Image
Astro Ulagam

Ketua Kandungan Indian Customer Business (ICB) Astro, Jegan Manickam Wash memberitahu, saluran berkenaan bukan sekadar menawarkan program sempena Deepavali, malah bakal menyajikan pelbagai kandungan baharu untuk tontonan sepanjang tahun.

"Kemunculan saluran itu dijangka memperluas pilihan hiburan berbahasa Tamil kepada penonton, sekali gus memeriahkan sambutan Deepavali tahun ini.

 

Image
Astro Ulagam

"Selain itu, Deepavali kali ini, Astro mengangkat tema Ondrinaindhu Kondaduvom yang bermaksud 'Bersama-sama Kita Raikan', bagi meraikan semangat kebersamaan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum," katanya ketika ditemui di sini, pada Sabtu.

Sementara itu, kemuncak sambutan Deepavali pula bakal berlangsung Sabtu ini menerusi program Deepavali Kondattam yang menyasarkan kehadiran 1,000 pengunjung.

 

Image
Astro Ulagam

Program yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam, Selangor itu turut menampilkan gabungan artis tempatan dan Singapura, selain akan disiarkan kepada penonton pada hari Deepavali.

Walaupun kemasukan adalah percuma, pengunjung perlu membuat pendaftaran lebih awal menerusi kod QR yang disediakan di laman Astro Ulagam.

Jangan lupa datang dengan pakaian tradisional sempena Deepavali untuk sama-sama memeriahkan sambutan!

Sabtu lalu, pelanggan Astro turut berpeluang menikmati persembahan penyanyi Saindhavi secara lebih dekat menerusi konsert Up-Close & Personal: Saindhavi, yang menggabungkan alunan muzik, kenangan dan persembahan istimewa dalam suasana santai di Petaling Jaya, di sini. 

Turut hadir Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Arul Rajoo Durar Raj.

Must Watch Video

Advertisement