Skip to main content

Hiburan

Bintang 'Jurassic Park' Sam Neill meninggal dunia

FILE - Sam Neill arrives at the premiere of "Apples Never Fall" on March 12, 2024, in Los Angeles. (Photo by Richard Shotwell/Invision/AP, File)
Sam Neill menempa nama ke peringkat antarabangsa selepas memegang watak ikonik Dr Alan Grant dalam filem pecah panggung "Jurassic Park" arahan Steven Spielberg pada 1993. -Gambar fail/AP
Advertisement

SYDNEY: Pelakon terkenal filem "Jurassic Park", Sam Neill, dilapor meninggal dunia di Sydney, Australia pada usia 78 tahun.

Menurut kenyataan rasmi keluarga mendiang di media sosial pada Isnin, pemergian pelakon kelahiran New Zealand itu disifatkan sebagai satu kehilangan yang mengejutkan dan tidak dijangka.

"Sam dikelilingi ahli keluarga tercinta dan menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan tenang yang mencerminkan keperibadiannya sepanjang hayat," menurut kenyataan itu.

 

 

Neill dilahirkan di Omagh, Ireland Utara sebelum berhijrah ke New Zealand ketika masih kanak-kanak dan mula membina nama dalam industri lakonan sejak era 1970-an.

Namanya melonjak ke peringkat antarabangsa selepas memegang watak ikonik Dr Alan Grant dalam filem pecah panggung Jurassic Park arahan Steven Spielberg pada 1993.

Beliau turut membintangi pelbagai karya terkenal lain termasuk "The Hunt for Red October", "The Piano" dan siri televisyen "Peaky Blinders".

Pada 2023, Neill mendedahkan beliau sedang menjalani rawatan bagi sejenis limfoma bukan Hodgkin yang dikenali sebagai angioimmunoblastic T-cell lymphoma.

Bagaimanapun, keluarganya mengesahkan pemergian pelakon itu bukan berpunca daripada penyakit berkenaan selepas disahkan bebas kanser hasil rawatan yang mengubah suai sistem imun awal tahun ini.

Selain aktif dalam dunia lakonan, Neill turut dikenali sebagai pengusaha ladang anggur yang berjaya di kawasan Central Otago, New Zealand.

 

Must Watch Video

Advertisement