PELAKON Nelydia Senrose berkongsi berita gembira mengenai dirinya yang kini hamil cahaya mata pertama.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh pemilik nama Nik Zaris Nelydia ini menerusi perkongsian terbaharu di Instagram (IG) pada Selasa.
Advertisement
Lebih manis lagi, hantaran yang disertakan dengan video bersama suaminya, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid itu diumumkan ketika hari ulang tahun ketujuh perkahwinan mereka.
“Seven beautiful years of loving each other have turned into a heartbeat. Happy 7th Anniversary to us,” coretnya.
Perkongsiannya itu juga turut dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada rakan selebriti serta peminat yang sudah lama menantikan berita gembira itu.
Untuk rekod, Nelydia mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid pada 6 April 2019.