Skip to main content

Hiburan

Pelakon 'Zombies' Carla Jeffery meninggal dunia

Carla Jeffery at an event for Zombies 4: Dawn of the Vampires (2025) -- imdb
Carla Jeffery (foto) meninggal dunia pada usia 33 tahun. -Gambar fail/IMDB
Advertisement

LOS ANGELES: Pelakon Carla Jeffery yang dikenali menerusi watak Bree dalam francais filem Disney Channel Zombies disahkan meninggal dunia pada usia 33 tahun.

Bekas pengurus, Carla Alexander daripada Alexanders Talent Management, mengumumkan bahawa pelakon itu meninggal dunia pada 1 Sept 2026, namun punca kematiannya masih belum didedahkan kepada umum.

Dalam kenyataan yang dikongsikan agensi berkenaan, Jeffery disifatkan sebagai seorang wanita yang berbakat, ceria dan disenangi ramai sepanjang lebih dua dekad bersama syarikat itu.

Jeffery yang juga adik-beradik kembar kepada pelakon Carlon Jeffery memulakan kerjaya lakonan pada usia 12 tahun menerusi filem Phat Girlz (2006) bersama pelakon pemenang Anugerah Oscar, Mo'Nique.

Sepanjang kerjayanya, beliau turut muncul dalam beberapa siri televisyen terkenal termasuk Good Luck Charlie, Shake It Up, Southland, Scream Queens, Curb Your Enthusiasm, Crazy Ex-Girlfriend dan American Vandal.

Selain lakonan di televisyen dan filem, Jeffery turut aktif sebagai pelakon suara dan meminjamkan suaranya kepada watak Mania dalam siri animasi Marvel's Spider-Man: Maximum Venom pada 2020.

Rakan pelakonnya dalam francais Zombies, Milo Manheim, menerusi media sosial menyifatkan Jeffery sebagai seorang yang paling baik, penyayang dan sentiasa membawa kegembiraan kepada orang di sekelilingnya.

Must Watch Video

Advertisement