Skip to main content

Hiburan

Rul Azhar juara Bintang P. Ramlee 2026

Rul Azhar muncul juara Bintang P. Ramlee 2026 menerusi lagu Derita, membawa pulang RM20,000 selepas menewaskan lima finalis lain. - Foto Ikhwan Razali/BERNAMA
Rul Azhar muncul juara Bintang P. Ramlee 2026 menerusi lagu Derita, membawa pulang RM20,000 selepas menewaskan lima finalis lain. - Foto Ikhwan Razali/BERNAMA

Advertisement

KUCHING: Rul Azhar, atau nama sebenarnya Mohamad Faqhrul Azhar Mohamad Zabandi, dari Zon Utara dinobatkan sebagai juara Bintang P. Ramlee 2026 menerusi lagu Derita pada malam kemuncak pertandingan itu.

Beliau membawa pulang wang tunai RM20,000 berserta trofi dan sijil selepas menewaskan lima finalis lain pada pertandingan yang berlangsung di Arena Gemilang, DeTAR Putra, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) malam tadi.

Mahathir Zailani dari Zon Sarawak muncul naib juara dan menerima wang tunai RM15,000 berserta trofi dan sijil manakala tempat ketiga disandang Jeffryzan Jamil dari Zon Sabah, yang membawa pulang wang tunai RM10,000, trofi dan sijil.

Persembahan Terbaik pula dirangkul Mohd Ridzuan Md Taib dari Zon Selatan, yang menerima wang tunai RM2,000 berserta trofi dan sijil.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg turut hadir menyaksikan pertandingan itu dan menyampaikan hadiah kepada kesemua pemenang.

Hadir sama Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah serta Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Abdul Halim Hamzah.

-- BERNAMA 

 

 

Must Watch Video

Advertisement