Skip to main content

Hiburan

'Sporty Spice' Mel C langsung perkahwinan, tampil anggun dalam gaun rekaan Victoria Beckham

https://www.instagram.com/melaniecmusic
Ponyanyi berusia 52 tahun itu menawan hati para peminat apabila memilih naskhah gaun pengantin sutera berwarna gading berenda rekaan khas rakan sekumpulannya, Victoria Beckham. -Foto IG melaniecmusic
Advertisement

CUMBRIA: Anggota kumpulan pop legenda Spice Girls, Melanie Chisholm, atau lebih dikenali sebagai Mel C, selamat melangsungkan perkahwinan dengan model warga Australia, Chris Dingwall, dalam satu majlis romantis, di sini, pada Sabtu.

Ponyanyi berusia 52 tahun itu menawan hati para peminat apabila memilih gaun pengantin sutera berwarna gading berenda rekaan khas rakan sekumpulannya, Victoria Beckham.

Pereka fesyen terkenal yang mendapat julukan Posh Spice itu turut berkongsi kisah mencuri tumpuan apabila meminjamkan gaun daripada almari peribadinya sebagai penyeri tradisi perkahwinan buat Mel C ketika majlis pendaftaran sivil di Sydney, Australia, beberapa minggu sebelum itu.

Langkah berkenaan diambil selepas pakaian yang ditempah awal oleh Mel C tidak sempat diubah suai mengikut saiz badannya sebelum berlepas ke negara berkenaan.

Walau bagaimanapun, Victoria tidak dapat hadir ke majlis resepsi di United Kingdom (UK) itu kerana berada di Amerika Syarikat bersama suaminya, David Beckham, bagi menghadiri perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2026.

Meskipun tanpa kehadiran Victoria, majlis yang diadakan di sebuah lokasi tepi tasik itu tetap meriah dengan kehadiran tiga lagi anggota asal Spice Girls iaitu Mel B, Emma Bunton, dan Geri Halliwell-Horner.

Pasangan pengantin itu mendedahkan hubungan mereka kepada umum pada Festival Glastonbury 2024 dan dilaporkan mengikat tali pertunangan secara rahsia di Mallorca, Sepanyol, pada Julai tahun lepas.
 

Must Watch Video

Advertisement