SELEPAS kejayaan musim pertama, program hiburan keluarga iaitu Talk To My Manager (TTMM) kembali buat musim kedua.
Meneruskan momentum musim pertama yang berjaya menawan hati penonton menerusi gabungan cabaran kompetitif dan persembahan yang memukau, musim 2 tampil dengan penyertaan lebih ramai selebriti.
Advertisement
Antara barisan pengurus artis yang bertanding untuk musim kedua adalah Adira dan Anggrek, Ani Maiyuni dan Viviana, Datuk A. Aida dan Azeva, Dato’ Fazley dan Fariedz Fazley.
Malam TTMM2 juga menyaksikan penyertaan Dato’ Sri Vida dan Cik B, Jamilulhayat dan Hussain, Linda Jasmine dan Ratu, Nana Mahazan dan Althea, Pak Azad dan Amarra, serta Safura dan Kim Khairii.
Musim 2 turut menyaksikan kembalinya Datuk Aznil Hj Nawawi sebagai pengacara, bersama barisan juri Che Puan Sarimah dan Dato’ AC Mizal, yang terus tampil dengan kepakaran, panduan serta karisma tersendiri dalam memeriahkan program ini.
Talk To My Manager Musim 2 akan bersiaran mulai 19 April 2026, jam 9 malam, secara langsung di Astro Ria (saluran 104).
Para peminat boleh strim Musim 2 serta menikmati kandungan eksklusif Talk To My Manager secara On Demand di Astro GO dan sooka, atau melanggan Pek Astro One bermula dari RM49.99* untuk pengalaman penstriman lancar dan hiburan tanpa henti.
Layari Astro di astro.com.my atau hubungi Astro menerusi WhatsApp di 03 9543 3838 untuk maklumat lanjut. -- Gempak