Skip to main content

Hiburan

THR Gegar radio pertama di Malaysia bersiaran di udara menerusi paramotor

 Thr gegar, bersiaran di udara, paramotor
Menerusi aktiviti tersebut, Ewan dan Rea menyahut cabaran untuk menaiki paramotor, sekali gus membawa pengalaman bersiaran keluar daripada kebiasaan di studio.
Advertisement

BACHOK: THR GEGAR tampil dengan kelainan apabila membawa pengalaman bersiaran radio ke udara menerusi aktiviti paramotor yang disertai oleh penyampai Gegar Petang, Ewan dan Rea.

Aktiviti unik ini merupakan sebahagian daripada pengisian KITA FM menjelajah seluruh negara, yang memberi peluang kepada barisan penyampai untuk meneroka pelbagai lokasi dan pengalaman menarik, selain menghasilkan kandungan yang lebih segar dan dekat dengan pendengar.

Image
 Thr gegar, bersiaran di udara, paramotor

Menerusi aktiviti tersebut, Ewan dan Rea menyahut cabaran untuk menaiki paramotor, sekali gus membawa pengalaman bersiaran keluar daripada kebiasaan di studio.

Pengalaman berada di udara ini bukan sahaja menguji keberanian kedua-dua penyampai, malah mencerminkan semangat THR GEGAR untuk terus menghasilkan kandungan yang kreatif, spontan dan menghiburkan.

Image
 Thr gegar, bersiaran di udara, paramotor

Pengurus Jenama THR GEGAR, Azah Sahrin berkata, pengalaman tersebut menjadi antara usaha untuk memberikan sesuatu yang berbeza kepada pendengar, selain memperlihatkan keberanian penyampai mencuba pengalaman di luar kebiasaan.

“Kami sentiasa mahu mencari pengalaman baharu yang boleh diterjemahkan kepada kandungan menarik untuk pendengar. Aktiviti paramotor ini memberikan satu perspektif yang berbeza kerana Ewan dan Rea bukan sahaja mencuba sesuatu yang mencabar, tetapi turut membawa pengalaman itu untuk dikongsikan bersama pendengar.

“Apa yang lebih menarik, aktiviti ini menjadi sebahagian daripada pengisian jelajah KITA FM ke seluruh negara, yang membuka ruang untuk kami meneroka pelbagai pengalaman unik di setiap lokasi,” katanya.

Image
 Thr gegar, bersiaran di udara, paramotor

THR GEGAR akan terus menampilkan kandungan yang kreatif dan menghiburkan menerusi barisan penyampainya, termasuk membawa mereka keluar daripada studio untuk merasai sendiri pengalaman yang dekat dengan kehidupan dan minat pendengar.

Aktiviti paramotor ini menjadi antara pengalaman istimewa yang menggabungkan elemen keberanian, hiburan dan kandungan radio dalam satu pengalaman yang berbeza.

Must Watch Video

Advertisement