Rancak menjadi perbualan di media sosial ialah kemalangan yang melibatkan legenda bola sepak England, David Beckham, 39 tahun dan anak lelakinya, Brooklyn, 15 tahun.

Meskipun kereta yang dipandunya rosak teruk, bagaimanapun Beckham dan Brooklyn tidak mengalami kecederaan.

Kemalangan berlaku pada pagi Sabtu, berhampiran pusat latihan Arsenal tidak lama selepas Beckham mengambil anaknya di situ.

Kereta jenis Audi yang dipandu Beckham berlanggar dengan sebuah kereta lain.

Disaksikan salah seorang pekerja pusat latihan tersebut, dia mengatakan bapa dan anak itu nampak terkejut namun tenang malah sempat bercakap dan bersalaman dengan pemandu kereta yang terlibat.

Mereka kemudian pulang dengan kereta lain.

Beberapa saksi lain turut memuatnaik naik status di Twitter mengatakan Beckham kelihatan seperti mengalami kecederaan di bahagian bahu.