Demi Gaza, pengguna media sosial mahu 'boikot' persiapan raya

Adli Effendy
Julai 15, 2014 10:35 MYT
Demi Gaza, Pengguna Media Sosial Mahu 'Boikot' Persiapan Hari Raya
Kempen serangan udara Israel yang masuk hari ke-7 hari ini telah meragut nyawa lebih 186 nyawa, satu angka yang lebih besar berbanding jumlah 177 yang direkodkan dalam keganasan di Gaza pada November 2012.
Pengguna media sosial terutamanya Twitter menggunakan beberapa hashtag termasuk #PrayForGaza dan #GazaUnderAttack bagi menyuarakan bantahan dan melancarkan perang siber disebabkan kekejaman Israel yang terus membantai orang awam tanpa belas kasihan.
Tindakan memboikot barangan yang dikaitkan dengan Israel juga mula dihidupkan oleh pengguna media sosial dunia dan dilihat boleh memberikan kesan positif jika ia terus dibuat secara besar-besaran.
Paling menarik adalah idea ‘memboikot’ segala persiapan dan belanja kelengkapan yang tidak munasabah bagi menyambut 1 Syawal.
Lebih prihatin, warga media sosial berpendapat, ada baiknya jika bajet perbelanjaan lebaran tahun ini disalurkan kepada tabung bantuan Palestin - Gaza bagi membantu mangsa penindasan dan kezaliman zionis Israel.

Tengok list barang yg kena boikot tu, ada corn flakes sekali. Jadi tahun ni takde biskut raya corn flakes madu ke? Ermmm

— Lilian (@leyli_lily) July 13, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Herm herm bnyk ni kena boikot..baju raya pn kena cari jenama lain pic.twitter.com/p7kE6PNdXe

— anis midory (@AnisMidory) July 10, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#boikot #Gaza #lebaran #Raya #syawal