iPad Pro mungkin dijana dengan cip Apple M4 terbaharu, fokus ciri AI

Amanz
April 29, 2024 13:00 MYT
Apple mungkin memperkenalkan iPad Pro baharu dengan cip Apple M4. -Amanz
APPLE sedia menjadualkan acara khas pada awal bulan Mei ini, di mana mereka dijangka akan memperkenalkan siri iPad baharu, termasuk iPad Pro.
Berkongsi berkenaan dengannya, kini Bloomberg melaporkan Apple mungkin memperkenalkan iPad Pro baharu dengan cip Apple M4.
Ia sekali gus akan menjadikan iPad menerima terlebih dahulu cip pemprosesan berkenaan, sebelum ia ditawarkan melalui komputer Mac menjelang penghujung 2024 ini.
iPad Pro
Cip Apple M4 dijangka memfokuskan kepada keupayaan enjin neural yang disertakan bersama dengannya – membolehkan ia menawarkan ciri AI yang lebih baik.
Walau bagaimanapun, ia tidak diketahui lagi apakah ciri AI yang akan diketengahkan Apple – atau perlu menantikan sehingga WWDC sebelum mengetahui lanjut berkenaan dengannya.
Di samping iPad Pro, Apple turut dijangka memperkenalkan kemas kini pada Apple Pencil mereka pada acara yang dijadualkan 7 Mei kelak. -Amanz
#iPad #Apple #Cip Apple M4 #ciri AI
;