POTA 2015: Reaksi di media sosial

Umaira Uyop
April 7, 2015 14:27 MYT
Rang Undang-Undang Pencegahan Jenayah (POTA) 2015 yang mendapat kelulusan dewan rakyat awal pagi tadi menerima maklum balas pelbagai daripada masyarakat. -Gambar fail
Rang Undang-Undang Pencegahan Jenayah (POTA) 2015 yang mendapat kelulusan dewan rakyat awal pagi tadi menerima maklum balas pelbagai daripada masyarakat.
Ramai bersetuju akta itu dikuatkuasakan bagi menimbulkan rasa gentar kepada golongan pengganas.
Walau bagaimanapun tidak kurang yang merasakan ia satu tindakan melanggar hak asasi manusia.
Seorang pengguna Twitter menulis, tiada sebab untuk pihak pembangkang bimbang dengan pelaksanaan itu.

Kenapa pihak pembangkang sangat takut dengan #pota2015 . Mereka bukan pengganas kan ?

— Uzaidi Udanis (@uzaidi) April 6, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ahmad Kamal Abu Bakar pula berpendapat, sesetengah pihak tidak sepatutnya mementingkan diri sendiri demi kesejahteraan negara.

Kenapa perlu lindung pengganas? Sebab takut diri sendiri kena? Maka nampak sangat kau lebih pentingkan diri sendiri.

— ahmadkamalabubakar (@tulislajulaju) April 7, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagi Ahli Parlimen Belia Pahang, Firdaus Samad, kerajaan bertindak sebagai 'parental government'.
Kerana itu, langkah penting seperti pelaksanaan akta ini perlu demi kebaikan bersama.

Dalam konteks POTA ini kerajaan meletakkan diri mereka sbg "parental government" dgn membuat perkara apa yg dirasakn baik utk majoriti.

— Firdaus Samad (@alongsamad) April 7, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
August Teh turut berpandangan sama dengan menyatakan POTA satu keputusan tepat.

See? With the recent plan attack towards #kualalumpur , #POTA2015 indeed crucial

— AugustTeh (@RichTeh) April 7, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagaimanapun tidak semua menyambut baik keputusan ini kerana khuatir ia mendorong kepada pencabulan hak asasi manusia.

Kita bukan taknak menghukum pengganas. Kita taknak Akta yang mencabul hak asasi manusia dan melanggar Perlembagaan Persekutuan #BantahPOTA

— Puspawati Rosman (@pusparos) April 6, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

A law tht allows detention w/out trial is agnst HumanRights. Imagine being detained w/out being able to state your case. #PoCA2013 #PoTA2015

— Adrian (@adrianlimcheeen) April 6, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 diluluskan tanpa pindaan di Dewan Rakyat pada 2.25 pagi ini, selepas dibahaskan lebih 12 jam.
#Dewan Rakyat #media sosial #pota #reaksi