awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cerita Warga Malaysia: Bapak Borek Anak Rintik

Daily Seni
Daily Seni
17/09/2014
11:55 MYT
Cerita Warga Malaysia: Bapak Borek Anak Rintik
Mereka seringkali diabaikan, tidak lagi dilihat dengan penuh sedar oleh masyarakat sekeliling.
Salam Hari Malaysia teman-teman sekalian,
Ayuh kita mulakan hari ini dengan pernyataan bahawa karakter yang benar-benar berdiri utuh sebagai anak jati negara adalah individu yang memanifestasikan kebanggaan mereka melalui pilihan hidup mereka. Di mana individu yang kami paparkan adalah individu yang memainkan peranan yang jarang terlihat di dalam organisma masyarakat negara.
Mereka seringkali diabaikan, tidak lagi dilihat dengan penuh sedar oleh masyarakat sekeliling kerana terleka dek arus pemodenan yang benar-benar mengaburi mata kita.
Siapa lagi yang benar-benar rajin, sanggup menyatakan kewujudan mereka melalui apa medium sekalipun dan lebih-lebih lagi pada hari merdeka? Pada hari dimana anak-anak warga hanya meraikannya tidak lebih sekadar hari cuti umum?
En. Roslee dan anaknya Wan, menjalankan tugas mereka sebagai badut pada hari merdeka. Dan lebih menarik lagi, mereka sudahpun melakukannya selama empat tahun berturut-turut. Kami sebagai kolektif Peti Masa ingin menunjukkan beberapa karakter yang menampakkan usaha yang signifikan, yang selalu benar terlepas pandang. Seni itu jika ingin lihat dari sudut pandangan yang benar-benar subjektif, mampu muncul dari pelbagai sudut yang tidak kita sangkakan.
Seni yang kami ingin paparkan tidak berjaya muncul di galeri-galeri mewah, tidak dikenali oleh penggiat seni sendiri, dan terasing benar dari lingkungan institusi seni yang segak dan tersergam dengan citra monumental mereka.
Kami dari kolektif Peti Masa ingin mempersembahkan naratif kehidupan Pak Roslee dan anaknya, sekadar menyatakan dengan penuh keyakinan, bahawa mereka juga, selain sosok-sosok yang berlegar di ruang media perdana, berhak mendapat perhatian dan dikira penting sebagai pencetus kepada debat tentang nilai kemerdekaan itu sendiri.
Semoga anda semua menikmati setiap detik yang wujud di dalam video dibawah:
Topic Berkaitan
#arus pemodenan
#Badut
#Hari Malaysia
#individu
#Masyarakat
#mengaburi
#negara
#umum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan