MERDEKA2014

#KitaSama: Kongsi kisah/gambar anda bersama kami

Astro Awani 16/08/2014 | 00:00 MYT
#KitaSama
'Malaysia, di sini lahirnya sebuah cinta' merupakan tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-57.

Sempena dengan kempen sambutan Merdeka Astro dengan hashtag #KitaSama, kami mengalu-alukan kandungan dari anda!

Mungkin ada kisah menarik, lucu, pelik atau yang menyayat hati yang ingin dikongsi.

Mungkin anda mempunyai pengalaman tersendiri ketika menyambut Hari Kemerdekaan sebelum itu. Kami juga ingin tahu apa usaha anda dalam mempamerkan semangat penyatuan?

#KitaSama
-Gambar: Astro AWANI/Shahir Omar

Kepada mereka yang mungkin tidak mempunyai minat untuk menulis (proses kreatif agak lama, bukan?), kami juga mengalu-alukan gambar-gambar atau video.

Cadangan kami adalah agar anda kongsi saat-saat anda bersama sahabat baik, rakan kerja, rakan sekolah atau ahli keluarga yang mencerminkan senario harian rakyat Malaysia.

Kongsi kandungan anda kepada emel: feedback@astroawani.com.

Kandungan pilihan editor akan disiarkan di laman web #KitaSama di AstroAWANI.com.

##KitaSama #Merdeka