awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bahasa Inggeris bagi Sains dan Matematik ancam sekolah Cina

Zainuddin Maidin
Zainuddin Maidin
22/11/2013
04:56 MYT
Bahasa Inggeris bagi Sains dan Matematik ancam sekolah Cina
Implementasi pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris di sekolah kebangsaan akan membawa kemerosotan kepada sekolah jenis kebangsaan Cina, tetapi golongan fanatik bahasa Melayu telah menggagalkan usaha Mahathir ke arah itu.
Ketika orang Melayu menjadikan isu ini sebagai "tebusan politik" untuk mengancam kerajaan, golongan pelampau Cina juga memperjuangkan supaya bahasa ibunda di kekalkan bagi pengajaran kedua mata pelajaran itu kerana mereka nampak bahayanya.
Di sebalik pertembongan dua golongan fanatik ini, semacam ada pula persafahaman antara mereka.
Tetapi apakah faedah yang tidak kelihatan dan tidak disedari oleh fanatik Bahasa Melayu sekiranya pengajaran Sains dan Matematik diteruskan dalam bahasa Inggeris di sekolah kebangsaan?
Akibat dan kesan pelaksanaan dasar inilah yang paling ditakuti oleh pejuang pendidikan Cina kerana pastinya ramai orang Cina yang berminda praktik dan materialistik akan kembali menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan kerana kualiti dan nilainya akan lebih dari sekolah Cina.
Pandangan saya ini mungkin dianggap sebagai tidak logik atau berasaskan kepada sentimen.
Biarlah saya dedahkan sesuatu yang saya simpan tentang percakapan saya dengan dua orang pemimpin tertinggi Parti Gerakan semasa saya menjadi Menteri Penerangan yang kebetulan berlaku dalam penerbangan ke Pulau Pinang dalam masa yang berasingan.
Seorang menyatakan: "Datuk kita mesti mempertahankan bahasa ibunda kita. Sains dan matematik mesti diajar dalam bahasa ibunda."
Dan seorang lagi pula menyatakan kepada saya: "Datuk, jika Sains dan Matematik di ajar di sekolah kebangsaan dalam Bahasa Inggeris maka habislah sekolah Cina. Majoriti orang Cina adalah practical minded. Mereka mementingkan nilai dan kualiti dalam melakukan sesuatu."
Orang pertama cuba memainkan sentimen saya dan yang kedua bercakap secara jujur dan ikhlas.
Tun Mahathir bermotif untuk mengembalikan kegemilangan sekolah kebangsaan dengan cepat sesuai dengan tuntutan semasa tetapi bangsanya dalam kelompok fanatik gagal membaca apa yang tersirat di sebalik yang tersurat, dihantui oleh xenophobia.
Mahatir tidak bertujuan menggantikan sekolah kebangsaan dengan kembali kepada sekolah Inggeris seperti yang diharapkan oleh golongan Cina yang langsung tidak berjiwa nasional tetapi beliau hanya mahu dua mata pelajaran diajar dalam Bahasa Inggeris di samping memperkuatkan pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris.
Saya gembira Tun Mahathir telah menuntut supaya dasarnya yang dibatalkan kerana "tebusan politik" dipulihkan semula demi untuk tebusan bangsa.
=================================================================================== * Tulisan ini dipetik dari http://zamkata.blogspot.com * Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Topic Berkaitan
#bahasa Inggeris
#Cina
#Melayu
#Sekolah Jenis Kebangsaan
#SJK
#Zainuddin Maidin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan