Secara sedar atau tidak, kerajaan hari ini ke arah untuk memperkenalkan beberapa dasar dalam Modul Ekonomi Baru (MEB) bagi menggantikan beberapa dasar ekonomi sedia ada seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk memastikan dasar fiskal negara terus relevan dan memenuhi tuntutan zaman.
Beberapa pendekatan baru yang akan diperkenalkan ini pada hakikatnya bertujuan untuk mengurangkan defisit belanjawan negara yang kini berada pada tahap paling tinggi sejak 20 tahun kebelakangan ini. Tujuan ini dilihat amat bertepatan dengan ikrar Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk mengurangkan defisit negara sebaik saja mengambil alih tampuk pemerintahan negara tahun lalu.
Mengambil contoh cukai barangan dan perkhidmatan atau Goods and Services Tax (GST), ia telah dirancang semenjak tahun 1989 lagi bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (STT) mulai 2011. Menerusi pelaksanaan GST ini, ia dijangka akan mendatangkan pendapatan sekitar RM8.8 bilion setiap tahun kepada negara.
Namun, pelaksanaan dasar percukaian baru ini dilihat amat dipengaruhi oleh situasi ketidakstabilan politik semasa. Rang undang-undang GST sendiri telah ditangguhkan bacaan kedua di Parlimen pada sesi Mac/April 2010 memandangkan terdapat suara dari beberapa pihak yang terus membantah pelaksanaan cukai ini dan berdasarkan perkembangan tersebut, GST tidak diperkenalkan sehingga ke tarikh pilihan raya umum ke tiga belas.
Dalam pada itu, fenomena ini juga boleh dilihat menerusi tindakan kerajaan yang telah menangguhkan pengumuman tarif elektrik baru dan menarik balik rancangan mereka untuk menghentikan atau mengurangkan subsidi petrol kepada rakyat secara umum.
Menurut Penasihat Kastam Dato Zaleha Hamzah, GST adalah cukai penggunaan atau “consumption tax” yang di mana kesannya akan dirasai oleh kita jika kita menggunakan sesuatu barangan. Secara mudah, GST ini tidak beza dengan sistem cukai bertingkat yang peringkat awalnya akan dikenakan kepada pengilang sesuatu produk, dan ia secara tidak langsung akan disalurkan oleh pengilang menerusi caj yang ditetapkan kepada pemborong. Kemudian, pemborong pula akan menyalurkan bebanan GST ini kepada peruncit dan jumlah GST yang terakhir akan disalurkan kepada harga pengguna.
Sementara itu, beberapa mekanisme GST sedang dikaji bagi memastikan sistem cukai yang akan dilaksanakan ini benar-benar adil. Menurut Presiden Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA) Abd. Aziz Abu Bakar, 60% dari kategori barang keperluan yang diguna oleh mereka yang berpendapatan rendah seperti produk pertanian serta makanan asas akan dikecualikan dari sistem GST ini bagi memastikan ia tidak membebankan rakyat. Namun, sebaliknya 20% barang yang dikategorikan sebagai barang mewah yang digunakan oleh golongan yang berpendapatan tinggi akan dikenakan cukai GST.
Pengerusi Panel Penilaian Cukai Kementerian Kewangan, Datuk Kamariah Hussain pula berpendapat bahawa dengan pelaksanaan GST, peniaga boleh menawarkan harga yang lebih murah hasil penjimatan daripada pembayaran cukai. Maka, menurut beliau lagi, pelaksanaan GST akan memberi kesan kepada penurunan Indeks Harga Pengguna (IHP) sekali gus menurunkan perbelanjaan isi rumah.
Ini ekoran dari jumlah cukai yang dikenakan menerusi GST ini adalah jauh lebih rendah dibandingkan dengan cukai STT sedia ada. Ini dapat dilihat apabila kerajaan pada 2010 memutuskan untuk mengenakan jumlah 4% untuk cukai GST dibandingkan 5% untuk cukai jualan dan 10% untuk cukai perkhidmatan yang terangkum dalam STT. Walaubagaimana pun kadar peratusan cukai GST dinaikkan kepada 6 peratus berkuatkuasa April 2015.
Dalam perkembangan berkaitan, berhubung mekanisme yang dikenakan ke atas peruncit, kerajaan akan menggunakan sistem “trash hole” yang meletakkan had jumlah barangan tertentu yang melayakkan seseorang itu dikenakan GST. Ini bermaksud, jika seseorang peniaga menawarkan barangan tidak melebihi had tertentu dalam jangka masa tertentu, peniaga terbabit tidak akan dikenakan GST dan tidak wajar untuk cukai tersebut dikenakan oleh peruncit kepada pengguna lain.
Sementara itu, sistem GST ini juga telah dilaksanakan oleh 146 negara di seluruh dunia dan seluruh nagara ASEAN melainkan Brunei dan Myanmar. Maka, Malaysia berpeluang untuk menjadikan negara-negara berkenaan sebagai contoh dan modul bagi memastikan pelaksanaannya benar-benar berkesan.
Namun, beberapa pertimbangan perlu diambil kira bagi memastikan mekanisme GST ini tidak tersasar dari matlamat asal serta tidak memberi kesan inflasi kepada negara. Maka, untuk itu, kerajaan seharusnya memberi pengecualian cukai-cukai tertentu seperti eksais dan sebagainya kepada syarikat kecil dan sederhana pada peringkat permulaan pelaksanaan GST ini. Ini bagi mengelakkan bebanan basar yang terpaksa ditanggung mereka ekoran faktor modal mereka yang masih belum bersedia dengan sistem cukai baru ini.
Dalam pada itu, satu mekanisme yang terbaik bagi memastikan ketelusan sistem cukai ini juga seharusnya diperkenalkan. Ini memandangkan bagi sesuatu sistem cukai, kos bagi mekanisme yang digunakan untuk mengelakkan pemalsuan dan penyalahgunaan pelaksanaan adalah terlalu tinggi. Justeru, ia akhirnya akan dilihat berlawanan dengan matlamat asal untuk mengurangkan defisit negara bilamana berlaku peningkatan kos lain yang terpaksa ditanggung kerajaan.
Selain itu, usaha untuk menggubal satu akta undang-undang untuk menyekat pengambilan keuntungan berlebihan oleh peniaga menerusi caj yang dikenakan kepada pembeli tidak seharusnya dipandang remeh. Justeru itu, kita menyambut baik usaha kerajaan yang telah meluluskan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010 sebelum pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) direalisasikan.
Berhubung dengan jumlah caj yang dikenakan, pihak kerajaan harus memastikan mekanisme pelaksanaan benar-benar membawa kebaikan kepada negara tanpa perlu meningkatkan jumlah caj GST dari semasa ke semasa. Ini memandangkan, meskipun GST ini telah dilaksanakan sejumlah negara tetapi tarif cukainya tetap meningkat dari semasa ke semasa.
Sebagai contoh, GST telah diperkenalkan kepada negara Singapura pada 1 April 1994 dengan kadar 3%. Namun, menjelang 1 Januari 2003, kadar tarif meningkat kepada 4% dan kemudiannya 5% pada 1 Januari 2004 dan yang terkini 7% semenjak 1 Julai 2007. Perkara yang sama juga berlaku kepada negara-negara lain termasuk New Zealand dari 10% pada Oktober 1986 kepada 12.5% Jun 1989 dan 15% May 2010. Situasi sama di Malaysia di mana pada Mac 2010, kerajaan menetapkan kadar cukai GST yang dikenakan dalah sebanyak 4% namun, hari ini meningkat sebanyak 2% iaitu kepada 6% berkuatkuasa April 2015.
Lantaran itu, kita seharusnya bersama-sama mengkaji dan meneliti dasar ini untuk memastikan kadar tarif 6% ini kekal dan tidak akan sama sekali meningkat dari semasa ke semasa. Sementara itu, beberapa mekanisme lain seperti bentuk pemberian insentif kerajaan juga harus diberi perhatian oleh pihak kerajaan bagi memastikan negara kita ini tidak diselubungi masalah inflasi.
Menurut teori pakar Ekonomi Islam Ibn Khaldun, apabila subsidi diberikan menerusi pengecualian atau pengurangan cukai, maka perbelanjaan rakyat akan meningkat. Maka, sumber pendapatan kerajaan juga akan turut meningkat secara tidak langsung tanpa bergantung kepada jumlah cukai yang dikutip kerajaan.
___________________________________________________________________________
* Muhammad Faisal Abdul Aziz adalah Setiausaha Agung, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
* Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Muhammad Faisal Abdul Aziz
Tue Oct 29 2013
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
Telaga tiub undang risiko mendapan tanah di Kelantan - ABIM
ABIM Kelantan melahirkan rasa kebimbangan terhadap fenomena penggalian telaga tiub di negeri ini yang dikhuatiri boleh mengundang risiko berlakunya mendapan tanah.
KPM akan umum pengambilan guru baharu dalam masa terdekat
Kementerian Pendidikan (KPM) akan membuat pengumuman berhubung pengambilan guru baharu dalam masa terdekat, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Resolusi UNSC mengenai tahanan mesti libatkan tahanan Palestin dipenjara Israel - ABIM
Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) mengenai gencatan senjata dan pembebasan tahanan mesti dilihat dalam dimensi yang menyeluruh.
Sekat segera ajaran The Ahmadi
Tindakan itu perlu dilakukan bagi mengekang ajaran The Ahmadi terus tersebar terutamanya kepada golongan muda.
ABIM puji keputusan ICJ berhubung isu genosid di Gaza, gesa gencatan senjata
Ahmad Fahmi berkata tindakan tegas itu mencerminkan komitmen majoriti warga dunia terhadap keadilan, hak asasi manusia dan kemanusiaan.
ABIM, 58 NGO serah memorandum nyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan
ABIM bersama 58 NGO serah memorandum 'Rakyat Mahu Kerajaan Stabil' kepada Perdana Menteri.
Ahmad Fahmi dilantik Presiden ABIM yang baharu
ABIM mengumumkan perubahan kepimpinan baharu dengan pelantikan Ahmad Fahmi Mohd Samsudin sebagai Presiden untuk sesi 2023-2025.
Gerakan Islam perlu kerja kuat, beri pencerahan kepada umat - PM Anwar
Gerakan Islam perlu bekerja lebih kuat, tersusun dan bersungguh-sungguh dalam memberi pencerahan kepada umat, kata Perdana Menteri.
Perang Palestin-Israel: ABIM kecam kenyataan Zelensky, gesa PBB bertindak
ABIM anggap Zelensky berat sebelah kerana sifatkan penentangan Ukraine sebagai perjuangan rakyat, namun bersikap sebaliknya terhadap Palestin.
Malaysia perlu main peranan kembalikan hak rakyat Palestin - ABIM
Malaysia perlu terus memainkan peranan sebagai negara yang lantang bersuara demi mengembalikan hak rakyat Palestin di mata dunia.