Lawatan Mahmoud Ahmadinejad ke Mesir minggu ini memahat sejarah tersendiri bagi diri Presiden Republik Islam Iran itu serta dalam konteks hubungan kedua-dua negara.
Ahmadinejad dibaling kasut oleh seorang warga Syria. Pembaling kasut, Izzuddin Al-Jasim yang tidak dapat membendung kebenciannya percaya Iran menyebabkan rakyat Syria menderita akibat krisis yang berlarutan. Kejadian itu mengingatkan insiden sama yang berlaku ke atas Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush ketika melawat Iraq pada tahun 2008.
Sementara itu, ramai penganalisis berpandangan Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Kaherah bukanlah agenda utama lawatan Ahmadinejad. Apa yang lebih penting bagi Iran ialah bagaimana untuk mewujudkan hubungan lebih baik dengan Mesir yang menjadi tuan rumah kali ini. Satu tranformasi baru dalam hubungan diplomatik dan kerjasama yang sebelum ini dilihat tidak memberangsangkan, apatah lagi pentadbiran Hosni Mubarak sebelum ini menolak hubungan baik dengan Tehran.
Revolusi Iran
Memperinci sejarah hubungan Kaherah-Mesir, ikatan diplomatik kedua-dua negara semakin lemah selepas tercetusnya Revolusi Islam 1979 yang menggulingkan Shah Iran, Mohammad Reza Pahlavi. Hubungan bertambah tegang apabila Mesir menerima lawatan Shah ketika dalam buangan. Malah Shah yang meninggal dunia pada Julai 1980 dikebumikan di Kaherah.
Kerajaan Revolusi Iran juga tidak sebulu dengan tindakan Presiden Mesir, Anwar Sadat yang menandatangani Perjanjian Camp David pada 17 September 1978. Selepas Sadat dibunuh oleh Khalid Islamboli, sebuah jalan penting di kotaraya Tehran dinamakan sempena dengan namanya.
Walaupun kenyataan rasmi Ahmadinejad dan pegawai kanannya memperlihatkan Iran mahu hubungan kembali pulih, pengkaji politik Timur Tengah Iran, Husein Royuran melihat kemahuan itu berdepan banyak halangan, sama ada di peringkat dalaman Mesir, serantau dan antarabangsa. Bagaimanapun jelas beliau, perkembangan terbaru rantau Asia Barat mendorong Iran untuk berbaik-baik dengan Kaherah. Peluang yang ada digunakan sebaik mungkin oleh Tehran.
Apatah lagi pendirian Iran hampir menyamai kerajaan Mesir yang dipengaruhi Ikhwanul Muslimin dalam isu-isu tertentu terutama berhubung isu Palestin dan hubungan dengan Israel. Perjanjian Camp David yang dikecam Tehran seolah-olah sudah berakhir dengan Revolusi 25 Januari di Mesir.
Pertama
Ahmadinejad merupakan presiden Iran pertama menjejakkan kaki di bumi Mesir sejak 30 tahun lalu. Beliau antara pemimpin negara-negara Islam yang tiba awal di negara tuan rumah. Rundingan segera diadakan dengan rakan sejawatannya, Presiden Mohamed Morsi sejurus tiba di balai ketibaan lapangan terbang.
Presiden Mesir seperti ingin menyampaikan mesej kepada sebahagian negara-negara Teluk bahawa Kaherah mungkin akan menjalinkan kerjasama lebih istimewa dengan Iran, jika negara itu terus campur tangan menyokong pembangkang dan saki-baki serta balaci Mubarak bagi menjatuhkan kerajaannya.
Manakala daripada sisi Ahmadinejad pula, beliau mahu menyampaikan mesej kepada negara Barat terutamanya Amerika Syarikat bahawa Iran berjaya memecah sekatan dikenakan ke atasnya. Malah Tehran berjaya meletakkan dirinya sebagai pemain serantau berpengaruh. Mesej ini diperkuatkan lagi dengan pertemuan mengejut Menteri Luar Iran, Ali Akbar Soleh dengan pemimpin pembangkang Syria, Muaz Al-Khateb.
Lompang
Kebanyakan negara Teluk tidak menyenangi Revolusi Mesir dan penangan demokrasinya. Apatah lagi ia mengangkat presiden dibayangi oleh Ikhwanul Muslimin. Lompang inilah digunakan oleh Ahmadinejad untuk mengambil hati Kaherah. Beliau antara lain menawarkan pinjaman kewangan, tawaran yang sukar ditolak Mesir ketika berdepan dengan masalah ekonomi yang amat kritikal.
Jika negara-negara Teluk serius mahu mengurangkan pengaruh Iran di Mesir, mereka perlu melakukan sesuatu. Mungkin inisiatif menyelesaikan krisis ekonominya boleh menjadi pengikat hubungan lebih kukuh. Negara-negara Teluk memiliki kekayaan minyak dengan simpanan melebihi AS$3,000 bilion.
Kelebihan itu boleh digunakan untuk membantu Mesir, yang sebelum ini terpaksa memohon pinjaman berjumlah AS$4.8 bilion RM15 bilion daripada Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) bagi mengurangkan beban ekonomi.
Wan Mahazir Wan Mahamud
Thu Feb 07 2013
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
Dua sahabat maut dilanggar bas
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru
Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
Che'gu Bard tiba di Mahkamah Sesyen Johor Bahru berdepan tuduhan lagi
Beliau yang hadir bersama peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali, dijangka berdepan satu lagi pertuduhan mengikut Akta Hasutan 1948.
Niaga AWANI: KWSP: Melestari kehidupan persaraan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikatakan bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat. Namun KWSP telah memperkenalkan Akaun Fleksibel dan berkuat kuasa mulai 11 Mei 2024. Bagaimana pengurusan persaraan selepas ini dan apakah pendekatan terbaik bagi meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat?
CapCut juga mungkin akan diharamkan di Amerika Syarikat
Menurut laporan The Washington Post, Amerika Syarikat turut akan memerlukan CapCut dijual untuk terus beroperasi di negara mereka.
Niaga AWANI: WEF: Exploring multiple dimensions for energy transition
Current climate change has left a significant impact on the health of the planet. Therefore, global at this time gives special focus on energy transition efforts. Head of Centre for Energy and Materials; Member of the Executive Committee, World Economic Forum, Roberto Bocca shares on this at the World Economic Forum from Riyadh, Saudi Arabia.
CapCut juga mungkin akan diharamkan di Amerika Syarikat
Menurut laporan The Washington Post, Amerika Syarikat turut akan memerlukan CapCut dijual untuk terus beroperasi di negara mereka.
Amerika Syarikat mungkin haramkan firma dron China, DJI
Amerika Syarikat kini turut sedang pertimbangkan DJI sebagai ancaman sekuriti, dan mungkin melakukan perundangan untuk mengharamkan DJI.
Bytedance enggan jual TikTok di Amerika Syarikat
BYTEDANCE kini mengatakan mereka tidak akan menjual perniagaan TikTok di Amerika Syarikat (AS).
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Malaysia sebuah negara selamat, Kedutaan AS respon tohmahan dangkal profesor pro-Israel
Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Prof Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah sebuah negara tidak selamat dilawati.
TikTok akan saman AS jika dipaksa jual atau dihalang akses
Bytedance dijangka akan melihat kepada pelbagai perkara termasuk melawan di mahkamah sebelum membuat keputusan untuk menjual atau sebagainya.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
AS: Dua maut, enam cedera dalam kejadian tembakan di Memphis
Sekurang-kurangnya dua orang maut dan enam lagi cedera dalam kejadian tembakan di sebuah parti di Memphis, Tennessee.
Seorang maut, tujuh hilang helikopter tentera Jepun terhempas
Ketika ini punca kejadian tidak diketahui, namun kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan nyawa.
Pakistan bidas AS terhadap sekatan ke atas firma pembekal item misil balistik
Jurucakap Kementerian Luar Pakistan Mumtaz Zahra Baloch berkata Washington pada masa lepas telah mengambil langkah sedemikian tanpa bukti.