[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
OPINIONS

Nabila juara AF?

CK Faizal 16/11/2013 | 10:57 MYT
Hanya tinggal sehari sebelum ke Konsert Akhir Akademi Fantasia (AF) 2013. Pelbagai tekaan dan andaian dikeluarkan bagi menjawab persoalan, “Siapakah bakal bergelar juara?”.
Nama Nabila tidak terlepas dari menjadi topik perbincangan konsert akhir AF. Andaian Nabila bergelar juara bukanlah sesuatu yang mustahil.
Lebih-lebih lagi pelajar AF ini berjaya mengatasi duo Azhael daripada tersingkir pada minggu kesembilan.
Tidak kurang hebatnya apabila Nabila menerima komen positif pengkritik tetap Roslan Aziz yang dahulunya sering mengeluarkan komen pedas kepada pelajar ini.
“Awak sememangnya layak berada di pentas itu”, kata Roslan pada konsert minggu kelapan.
Disokong peminatnya yang menggelar diri mereka “@BellanisticFans”, Nabila berpotensi besar untuk merangkul gelaran tersebut.
Mempunyai pengikut Twitter seramai 12,440, ini antara doa dan harapan peminat fanatik #Nabilaaf2013.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bangkit menerusi #AFMASUK, duo yang pernah tersingkir ini turut diramalkan memberi saingan kepada pelajar lain bergelar juara.
Pasangan ini turut melancarkan gelombang #VirusUngu untuk penyokong mereka. Ia satu strategi yang baik sebagai penanda kebangkitan mereka.
Pelbagai gambar dan avatar berwarna ungu mengisi kemeriahan di laman sosial mereka.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Namun prestasi mereka yang tidak konsisten menurut juri tetap, boleh menjadi punca kepada kejatuhan mereka di gelanggang akhir AF2013.
Terutamanya fokus nyanyian dan kesihatan Azhar yang sering kehilangan suara.
Selain Nabila dan Azhael, usah melupakan sebutir bintang yang semakin menyerlah dari segi vokal, persembahan dan populariti.
Sering tampil dengan persembahan menarik dan kebolehan bermain gitar, Faizul juga mempunyai harapan cerah untuk bergelar juara.
Dengan pengikut Twitter lebih 11,000, ramai yang tidak sabar untuk menyaksikan telatah peserta ini di pentas akhir.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Seperti Azhael, Faizul turut melancarkan kempen yang hampir serupa.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Namun tanpa mengira apa jua ramalan, undian penonton yang diambil kira. Jangan hanya bercakap tanpa mengundi.
Teruskan mengundi pelajar pilihan anda dengan menaip AFUNDI (3/5/10/20) ke 32777.
Juga perkembangan AF2013 di GALA TV setiap hari pada jam 4:30 petang dan 10:30 malam.
Sebarang cadangan atau pandangan boleh terus disampaikan ke @realckfaizal.
#Akademi Fantasia #Konsert Akhir AF2013 #Nabila AF