Kebocoran soalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini amat memalukan. Antara objektif UPSR ini adalah untuk mengukur kebolehan dan kemahiran pada peringkat asas persekolahan di Malaysia. Jika seseorang pelajar itu mendapat keputusan yang memberangsangkan, dia bepeluang mendapat tempat ke sekolah-sekolah menengah terpilih yang berprestij. Itulah peluang (mendapat tempat disekolah terpilih) yang dihambat oleh masyarakat kita bermati-matian. Sanggup bergolok-gadai demi memenuhi impian tersebut. Sanggup juga dikorbankan fasa kanak-kanak dalam proses pembesaran anak-anak. Anak-anak telah dipaksa menghadiri kelas tambahan, tuisyen, bengkel dan seminar semata-mata mengejar impian tersebut. Anak-anak hilang keseronokan bermain kerana terpaksa mengikuti rutin yang telah ditetapkan oleh ibubapa dan pihak sekolah.
Pada persepsi ibubapa pula, mereka bertanggungjawab memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan yang terbaik. Lantas para ibubapa menyimpulkan pendidikan terbaik mestilah datang bersama sekolah yang terpilih tersebut. Maka dijadikanlah ukuran kejayaan pendidikan anak-anak adalah mendapat tempat disekolah terpilih, jika gagal maka kegagalan itu adalah kegagalan ibubapa mendidik anak-anak. Kenapa obsesi terhadap sekolah terpilih ini wujud? Jawapannya adalah segala rencah kecemerlangan akademik wujud pada sekolah tersebut. Kemudahan, kecanggihan prasarana, guru berpengalaman, kepimpinan sekolah yang mantap dan seribu satu kelebihan dan keutamaan. Timbul pula persoalan berikutnya adalah, kenapa wujud sekolah yang sedemikian keutamaannya? Adakah sekolah ini sahaja jaminan kepada pendidikan yang cemerlang? Kenapa dilonggokkan seribu satu kelebihan pada sekolah tersebut? Siapakah yang melonggokannya?
Jawapannya terletak pada pengurusan, pentadbiran dan kepimpinan Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan akhirnya Kementerian Pendidikan itu sendiri. Apabila keputusan UPSR, PMR, SPM/ V dan STPM/ STAM diumumkan, maka turut sama dikeluarkan adalah kedudukan (ranking) negeri mengikut Gred Purata Keseluruhan (GPS) bagi setiap mata pelajaran dan lain-lain statistik seumpamanya. Lantas para Pengarah Pendidikan Negeri berasa bahawa ini merupakan tanggungjawab semasa mereka menjawat jawatan tersebut dan boleh digunakan untuk menggapai kedudukan yang lebih baik lagi.
Oleh itu, para pengarah ini berlumba-lumba merencana program dan strategi untuk meningkatkan prestasi GPS negeri masing-masing. Segala sumber kekayaan negeri dicurahkan demi mencapai hasrat tersebut. Hampir 70% sumber pendapat yayasan negeri dibelanjakan untuk meningkatkan pencapaian akademik ini. Inilah kitaran pemusnah (vicious circle) pendidikan. Pendidikan di Malaysia yang berfalsafahkan individu yang seimbang secara harmonis dan berketrampilan sudah dimusnahkan oleh kitaran peperiksaan ini.
Perbincangan berkaitan falsafah ini sudah semakin dipinggirkan dan tidak lagi menjadi topik sentral dalam dunia pendidikan negara pada hari ini. Kitaran ini perlu dihentikan sebelum ia meratah rakus satu persatu kriteria yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Membiarkan kitaran ini berterusan akan menyebabkan masyarakat Malaysia kehilangan jati diri dan lebih teruk lagi hilang kemanusiaannya. Apabila ini terjadi maka kita akan kehilangan satu sifat yang terpenting dalam kehidupan iaitu sifat ‘malu’.
Hilangnya sifat ini, membuatkan kita berani melanggar prinsip dan kebenaran kerana benteng dalaman diri telah roboh dan berkecai. Maka kebobrokan dalam masyarakat akan terus berlaku dan menjadi semakin parah. Oleh yang demikian, segala obsesi terhadap peperiksaan perlu dtangani dengan cermat. Kembalikan fungsi peperiksaan sebagai dapatan guru terhadap kualiti pengajarannya samada yang berbentuk kaedah (pedagogi) mahu pun kesediaan belajar (psikologi) para pelajar.
Sudah tentu sebagai warga pendidik yang bertanggunjawab akan menunaikan objektif pendidikan sebagaimana yang dihasratkan oleh negara. Konsep ‘ajar sampai jadi’ perlu dihayati oleh setiap pendidik. Ia memerlukan sokongan ibubapa bagi merealisasikan hasrat ini. Jika konsep ‘kemenjadian’ ini tercapai, tiada lagi istilah sekolah terpilih kerana hantarlah anak bersekolah dimana-mana sekolah pun, inshaAllah penguasaan teori dan praktikal juga emosi dan rohani akan dapat dicapai.
Di sinilah terletaknya keperluan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Ia adalah usaha untuk memutuskan kitaran pemusnah ini. Setiap guru diberikan ruang secukupnya untuk mengajar, menguji dan melakukan pembaikan bagi setiap kelemahan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Guru juga diangkat agar pentaksiran yang dilakukannya diperakui oleh masyarakat dan ia bermula dari para ibubapa, terutamanya ibubapa yang juga dalam kalangan guru. PBS ini amat penting bagi memberi gambaran yang setepatnya terhadap proses pendidikan yang dilalui oleh anak-anak kita.
Apalah gunanya gred ‘A’ sekiranya ia diperolehi dari kebocoran soalan. Apalah gunanya gred ‘A’ sekiranya ia diperolehi dari usaha yang curang dan tidak bermoral. Mungkin ada pertanyaan sekiranya PBS hanya mengandungi prestasi dari kacamata seorang guru, maka bagaimana kita mahu menggredkan pelajar yang layak ke IPT-IPT atau kursus-kursus tertentu? Jawapannya adalah perkenalkan peperiksaan kemasukan (entrance exam). Ia telah diamalkan oleh banyak negara.
Hampir kesemua pelajar sekolah kita yang terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara menduduki peperiksaan ini. Sebagai contohnya para pelajar yang mahu memasuki Universiti al-Azhar, Mesir perlu menduduki peperiksaan kemasukan yang dinamakan imtihan qabul tanpa mengira gred yang diperolehi pada peperiksaan STAM. Begitu juga saya difahamkan kemasukan untuk IPT di negara-negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat dan lain-lain.
Sememangnya insiden kebocoran soalan UPSR adalah satu tragedi yang besar dalam dunia kependidikan Malaysia. Namun formula penyelsaian jangka panjang telah pun ada. Namun kekehuatiran tetap wujud apabila Peperiksaan TIngkatan 3 (PT3) akan dilaksanakan pada bulan Oktober ini. Ia sekali lagi akan menguji integriti guru kerana perebutan tempat ke sekolah-sekolah terpilih masih belum dihentikan sepenuhnya.
-------------------------------------------------------------------
* Ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Astro AWANI.
Amidi Abd Manan
Tue Sep 23 2014

ABIM berpendapat bahawa obsesi terhadap peperiksaan dan perebutan ke sekolah-sekolah terpilih harus dihentikan.

Timbalan KM Sarawak mahu tembok, pagar dibina di sempadan Malaysia-Indonesia
Dr James Jemut mahu tembok dibina di kawasan strategik sepanjang sempadan Malaysia-Indonesia untuk mengekang kemasukan pendatang asing.

Cadangan guna keputusan percubaan SPM kurang sesuai - NUTP
Saranan menggunakan keputusan peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi menggantikan peperiksaan sebenar dilihat kurang sesuai.

COVID-19: Pelajar wanita dari Malaysia antara kes bergejala import di Singapura
Dilabel sebagai kes 59422, pemegang pas pelajar itu tiba di Singapura dari negara asalnya, menurut kementerian berkenaan dalam data penuh yang dikeluarkan di sini.

KPDNHEP akan kaji kenaikan harga minyak masak botol
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan melihat kepada kenaikan harga minyak masak botol 5 kilogram (kg) sebelum mengkaji kesesuaiannya.

Kerugian akibat PKP 2.0 lebih rendah berbanding sebelum ini - Tengku Zafrul
Kerajaan menjangkakan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali kedua menyebabkan negara kerugian RM600 juta sehari berbanding RM2.4 bilion sehari pada Mac hingga Mei, tahun lepas, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Hina monarki Thailand, bekas penjawat awam dipenjara 43 tahun 6 bulan
Mahkamah Jenayah Bangkok Thailand menjatuhkan hukuman penjara 43 tahun 6 bulan ke atas seorang bekas penjawat awam kerana menghina atau memfitnah pemerintahan beraja atau monarki Thailand.

Remaja lemas selepas selamatkan tiga kanak-kanak di Kota Bharu
Seorang remaja berusia 16 tahun lemas semasa menyelamatkan tiga kanak-kanak di dalam anak sungai di hadapan rumahnya di Kampung Perupok Tikat.

10 Berita Pilihan - (19 Januari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Calon SPM teruja dan gementar kembali ke sekolah
Selepas hampir setahun tertangguh akibat pandemik COVID-19, kini perjuangan sebenar untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula. Nur Mariana Mohammad Samrizal,18, dari Kepala Batas, Pulau Pinang berkata dia teruja untuk kembali ke sekolah dan sudah tidak sabar untuk menduduki SPM kerana terlalu lama menunggu sehingga pernah mengalami tekanan.

PERMAI | Tidak boleh hanya beri insentif kewangan
Felo Akademi Sains Malaysia, Datuk Dr Madeline Berma khuatir kerajaan tidak mempunyai kewangan yang mencukupi untuk menampung pakej rangsangan yang diberikan.

Misi bantuan di Sabah mencabar kerana PKPD
Ia bagaimanapun tidak melunturkan semangat badan-badan bukan kerajaan (NGO) untuk menghulurkan bantuan.

Belanjawan 2021: Lanjutkan moratorium bantu ringankan hutang rakyat
Kerajaan dicadang melanjutkan tempoh moratorium dalam Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan Jumaat ini bagi meringankan beban individu dan perniagaan yang terjejas, sehingga tidak mampu membayar bali

Kemelut Politik: ABIM gesa agar Akta Pelucutan Ahli Parlimen digubal
Akta Pelucutan Ahli Parlimen 2015 seperti yang digunakan di United Kingdom dilihat boleh dijadikan sebagai contoh terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik sedia ada.

Malaysia tolak Pelan Damai Israel-Palestin yang 'berat sebelah' - NGO
11 Badan Bukan Kerajaan (NGO) mengutuk keras Pelan Damai Israel-Palestin aturan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump kerana tidak masuk akal dan mencabul hak Palestin.

Penjualan, promosi arak tanpa alkohol secara terbuka perlu dihentikan
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Mohamad Raimi Ab Rahim berkata penjualan minuman seumpama itu juga tidak sesuai dibuat secara terbuka, demi menjamin kemaslahatan seluruh masyarakat.

Perhimpunan Solidariti Kedamaian bukan sekadar respons tragedi Christchurch
Perhimpunan itu pada masa sama perlu menunjukkan kemahuan rakyat Malaysia yang mementingkan penyatuan masyarakat dan mengekalkan perpaduan sedia ada.

Selain hukuman tegas, penghina agama perlu jalani sesi kaunseling - ABIM
Angkatan Belia Malaysia (ABIM) mencadangkan khidmat kaunseling dan nasihat oleh golongan pakar yang dilantik pihak berkuasa perlu diberikan kepada pesalah penghina agama selain hukuman undang-undang.

ABIM kecam tindakan zalim Israel ke atas peserta 'Great March of Return'
Presidennya Mohamad Raimi Ab. Rahim berkata serangan kejam tersebut telah menyebabkan lima orang terkorban dan 232 yang lain cedera akibat tembakan peluru hidup selain tembakan gas pemedih mata.

NGO belia disaran contohi ABIM - Syed Saddiq
Manurut Syed Saddiq, ABIM ialah antara pertubuhan yang mengangkat dan menerajui gerakan Islam yang progresif dan sederhana.

Kuasai bahasa Cina, bahasa ekonomi - Anwar
Anak Melayu perlu menguasai bahasa Cina kerana ia merupakan bahasa ekonomi yang penting pada masa ini.