awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Arab Saudi sahkan tiada pencemaran radiasi dikesan selepas serangan AS ke atas Iran
HIBURAN
Impian Naugan sejak 2022 jadi kenyataan di RWMF 2025
SUKAN
Sarjit sedia lepas jawatan jika gagal bawa Speedy Tigers ke Piala Dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Rumah rakit Tasik Kenyir terbakar, pengusaha rugi RM3 juta

Bernama
Bernama
03/03/2025
07:00 MYT
Rumah rakit Tasik Kenyir terbakar, pengusaha rugi RM3 juta
Turut musnah, tujuh jet ski dan tiga bot laju bernilai ratusan ribu ringgit. -Video tular
KUALA BERANG: Seorang pengusaha rumah rakit di Tasik Kenyir, di sini rugi kira-kira RM3 juta selepas penginapan berkenaan musnah dalam kebakaran malam tadi.

Ringkasan AI
  • Pengusaha rumah rakit di Tasik Kenyir rugi kira-kira RM3 juta selepas penginapan musnah dalam kebakaran, termasuk tujuh jet ski dan tiga bot laju.
  • Shaheezam Abu Hasan, pemilik rumah rakit, berada di Kuala Lumpur ketika kejadian dan bersyukur tiada kemalangan jiwa berlaku.
  • Punca kebakaran masih dalam siasatan, dengan api memusnahkan sepenuhnya rumah rakit yang mempunyai 14 bilik.

Turut musnah, tujuh jet ski dan tiga bot laju bernilai ratusan ribu ringgit.
Shaheezam Abu Hasan, 47, berkata ketika kejadian, beliau berada di Kuala Lumpur manakala empat pekerjanya juga sedang bercuti bagi menyambut hari pertama Ramadan.
Beliau berkata kejadian hanya disedari seorang pemandu bot yang kebetulan sedang meronda di Tasik Kenyir.
"Selepas menerima panggilan kira-kira 10 malam tadi, saya terus bergegas pulang dan sampai di sini (Tasik Kenyir) pada 4 pagi tadi. Tak tergambar hibanya hati melihat rumah rakit yang saya usahakan lapan tahun lepas dengan wang titik peluh sendiri musnah sekelip mata," katanya ketika dihubungi hari ini.
Shaheezam berkata walaupun sedih beliau reda dan turut bersyukur kerana kebakaran itu tidak membabitkan kemalangan jiwa.
"Tiada apa yang dapat diselamatkan. Semua tinggal rangka sahaja tetapi nasib baik juga pekerja tak ada di sana. Saya benarkan mereka cuti dan pulang 4 petang semalam untuk berbuka puasa bersama keluarga," katanya.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang Mohd Anuar Mamat berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 9.54 malam.
Beliau berkata sebaik menerima laporan, dua jentera dengan kekuatan tujuh anggota dikejarkan ke lokasi.
"Ketika bomba tiba, api sedang marak dan rumah rakit yang mempunyai 14 bilik itu sudah musnah sepenuhnya. Punca sebenar masih dalam siasatan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Balai Bomba dan Penyelamat
#Tasik Kenyir
#rumah rakit
#Shaheezam Abu Hasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami