UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

Anwar Ibrahim adakan pertemuan dengan ahli MPP, Ahli Parlimen PKR

Presiden Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan menerusi Zoom dengan Ahli Majlis Pimpinan Pusat serta ahli-ahli Parlimen parti itu. Antara lain, pucuk pimpinan parti itu memberi penerangan mengenai situasi terkini termasuk majlis mengadap beliau dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong minggu depan.

Fri Oct 09 2020
SOP Pelitup Muka, Pelindung Muka akan dibincang dengan KKM

SOP Pelitup Muka, Pelindung Muka akan dibincang dengan KKM

SOP pemakaian pelitup muka dan pelindung muka akan dibincang dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penjelasan mengenai pemakaian kedua-dua pelindung diri akan diumumkan kemudian.
PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dilanjut sehingga 20 Disember

PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dilanjut sehingga 20 Disember

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kuala Lumpur dan Selangor yang dijadualkan tamat pada Ahad, dilanjutkan 14 hari lagi, sehingga 20 Disember ini, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Empat lagi kluster baharu direkodkan

Empat lagi kluster baharu direkodkan

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham memaklumkan empat kluster baru dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhannya adalah 385 kluster. Beliau memaklumkan, empat kluster baharu itu adalah Kluster Batu Tiga melibatkan daerah Tawau di Sabah dan Kluster Jalan Domis di daerah Penampang, Kota Kinabalu dan Tongod di negeri Sabah.
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu serah surat letak jawatan sebagai MB kepada Sultan Perak

Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu serah surat letak jawatan sebagai MB kepada Sultan Perak

Berikut kenyataan Datuk Seri Faizal Azumu dalam sidang media pada petang Sabtu: "Alhamdulillah pada jam 3.00 petang, 5 Disember 2020, saya telah diperkenankan untuk menghadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Alhmarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, Almarghfullah. Saya amat menjunjung kasih di atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan dan di kesempatan berkenaan saya telah menyembahkan warkah perletakan jawatan saya sebagai Menteri Besar Perak Darul Ridzuan dan seluruh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan. Saya menyembahkan rasa penghormatan untuk berkhidmat di bawah naungan kerajaan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan."
Keperluan bekerja dari rumah (WFH) akan dibincangkan

Keperluan bekerja dari rumah (WFH) akan dibincangkan

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu, Jabatan Perkhidmatan Awam dan MITI akan membincangkan perkara tersebut. Beliau akan membangkitkan dalam mesyuarat khas bersama KKM dan MKN.
Tiada lagi had penumpang dalam kenderaan

Tiada lagi had penumpang dalam kenderaan

Jelas Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tanggungjawab masing-masing untuk menjaga diri sendiri dan keluarga tersayang. Kata beliau, vaksin paling baik adalah diri kita sendiri, menjaga kesihatan dan mengawal SOP masing-masing.
Rentas daerah dan negeri dibenarkan di seluruh negara kecuali di kawasan PKPD

Rentas daerah dan negeri dibenarkan di seluruh negara kecuali di kawasan PKPD

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan keseimbangan ekonomi dan penjagaan kesihatan menjadi keutamaan kerajaan. Kata beliau, langkah PKPD dan PKPB adalah berdasarkan daerah dan mukim susulan kes-kes jangkitan yang tinggi dilokaliti tersebut.
Terengganu, Pahang, Kedah, Perlis, Melaka dan Sarawak kekal di bawah PKPP hingga 31 Dis

Terengganu, Pahang, Kedah, Perlis, Melaka dan Sarawak kekal di bawah PKPP hingga 31 Dis

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, masyarakat di negeri-negeri tersebut dinasihatkan supaya terus mematuhi SOP dan kawalan kendiri. Dalam perkembangan lain, di bawah Op Benteng berjaya 116 PATI dan rampas 1 bot dan 1 kenderaan darat.
5 perkara penting dalam kenyataan media KKM - 05 Dis 2020

5 perkara penting dalam kenyataan media KKM - 05 Dis 2020

Ini lima perkara penting yang dinyatakan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan media hari ini berkaitan perkembangan terkini jangkitan COVID-19 di Malaysia.
PKPB di seluruh Sabah dilanjutkan hingga 20 Dis

PKPB di seluruh Sabah dilanjutkan hingga 20 Dis

Jelas Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, PKPD di K-Avenue Mega City Penampang ditamatkan namun terikat dengan PKPB. Bagaimanapun terdapat beberapa SOP dilonggarkan. Dalam masa sama, beliau memberitahu, PKPB di seluruh Wilayah Persekutuan Labuan tamat 6 Dis 2020.
Seluruh Johor ditamatkan PKPB kecuali Johor Bahru, Batu Pahat dan Kulai dan Kota Tinggi

Seluruh Johor ditamatkan PKPB kecuali Johor Bahru, Batu Pahat dan Kulai dan Kota Tinggi

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu, PKPB di Mersing ditamatkan susulan hanya terdapat dua kes jangkitan tetapi di Kota Tinggi terdapat 14 kes aktif atas sebab itu PKPB dilanjutkan hingga 20 Disember bagi daerah tersebut.
HUS dipilih sebagai lokasi ujian

HUS dipilih sebagai lokasi ujian

Hospital Umum Sarawak (HUS) antara lapan hospital yang dipilih dalam laksana ujian klinikal fasa 3 vaksin COVID-19 dari China. Ujian ini bertujuan mengkaji secara terperinci keselamatan dan keberkesanannya.
Solusi jangka panjang harus diperinci

Solusi jangka panjang harus diperinci

Itu antara keluhan penduduk penempatan di Lorong Chawan 13, Tabuan. Mendengar permasalahan itu, Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK) akan mendapatkan bantuan Jabatan Tanah dan Survei Sarawak. Selain penempatan semula, pendapatan isi rumah juga perlu dipertimbangkan bagi mendapatkan kediaman yang sesuai.
Selain Seremban dan Port Dickson, PKPB di Negeri Sembilan ditamatkan pada 6 Dis

Selain Seremban dan Port Dickson, PKPB di Negeri Sembilan ditamatkan pada 6 Dis

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu, PKPB di dua daerah itu akan disambung hingga 20 Disember 2020. Kata beliau, Seremban mencatat 1,486 kes manakala 36 kes di Port Dickson, justeru atas nasihat KKM dua daerah ini perlu meneruskan PKPB.
AWANI Sarawak [05/12/2020] - Kemiskinan bandar | Hari Belia Sarawak 2020 | Jana keuntungan

AWANI Sarawak [05/12/2020] - Kemiskinan bandar | Hari Belia Sarawak 2020 | Jana keuntungan

Laporan berita padat dan ringkas dari Bumi Kenyalang hari ini bersama penyampai Nickyson Nyambar membawakan tumpuan berikut: - Solusi jangka panjang harus diperinci bagi penempatan semula penduduk setinggan - Golongan belia pemangkin transformasi digital Sarawak - Kaji permintaan, harga pasaran serta strategi pemasaran hasil pertanian #NormaBaharu #DisiplinMalaysia #HapusCOVID19 Saksikan #AWANISarawak setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com.
5 perkara penting dalam kenyataan media KKM - 05 Dis 2020

5 perkara penting dalam kenyataan media KKM - 05 Dis 2020

Ini lima perkara penting yang dinyatakan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan media hari ini berkaitan perkembangan terkini jangkitan COVID-19 di Malaysia.
[SIDANG MEDIA] Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan & Bersyarat (PKPP/PKPB) - 05 Dis 2020

[SIDANG MEDIA] Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan & Bersyarat (PKPP/PKPB) - 05 Dis 2020

Ikuti sidang media khas berhubung Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan & Bersyarat (PKPP/PKPB), Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Politik Perak: Menteri Besar baharu atau gabungan kerajaan negeri baharu?

Politik Perak: Menteri Besar baharu atau gabungan kerajaan negeri baharu?

Pergolakan politik di Perak menimbulkan persoalan, siapa bakal menjadi Menteri Besar baharu dan bagaimana rupa bentuk kerajaan negeri selepas ini? Ini pula akan menjurus kepada ketidaktentuan kerajaan Perikatan Nasional yang sudah berdepan beberapa cabaran pada peringkat persekutuan.
Kemelut politik Perak: Apa nasib MB?

Kemelut politik Perak: Apa nasib MB?

Kedudukan dua Exco Kerajaan Negeri Perak daripada parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan dibincangkan berlandaskan kepada kehendak dan keperluan. Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, perkara itu akan dibincangkan selepas Menteri Besar yang baharu dilantik. Beliau juga akan letak jawatan apabila Menteri Besar baharu dilantik nanti. Untuk perkembangan politik Perak ini, sudah bersedia di talian, Abd Razak Mohd Ali wakil Astro AWANI Perak.
Status terkini pembentukan Kerajaan Negeri Perak

Status terkini pembentukan Kerajaan Negeri Perak

Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Annuar Zaini memberi reaksi kepada media selepas empat pemimpin politik utama di negeri Perak selesai menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta, pada Sabtu.
Realiti Rakyat | Pemulihan: Industri perkahwinan yang semakin tenat

Realiti Rakyat | Pemulihan: Industri perkahwinan yang semakin tenat

Persoalan sama ada PKPB dilanjutkan atau tidak mungkin hanya akan diketahui hari ini. Ini bakal menjadi penentuan besar untuk kelangsungan hidup buat ramai pekerja dan pengusaha dalam industri yang paling terkesan, seperti industri perkahwinan. Bagaimana mereka bertahan sepanjang gelombang ketiga ini dan adakah mereka dapat bertahan sehingga tahun depan sekiranya PKPB dilanjutkan lagi?
Harrif Salleh tetap berlatih walaupun banjir

Harrif Salleh tetap berlatih walaupun banjir

Pelumba lebuhraya, Mohd Harrif Salleh sanggup berlatih dalam keadaan banjir di Kuala Terengganu demi mengekalkan tahap prestasi. Pakar pecut Terengganu Cycling Team (TSG) itu berkongsi kisah menarik mengenai insiden bermandi banjir selepas tayar tersangkut di dalam lubang.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [05 Disember 2020]

AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [05 Disember 2020]

AWANI Pagi membawakan kemaskini terkini mengenai berita dalam dan luar negara yang dilaporkan di www.astroawani.com bersama Geegee Ahmad dan Nailah Huda.
Rebut pelanggan punca pergaduhan di Lowyat

Rebut pelanggan punca pergaduhan di Lowyat

Perebutan pelanggan melibatkan sebuah premis menjual peralatan komputer menjadi punca tercetus pergaduhan di Pusat Beli Belah Lowyat.
10 Berita Pilihan - (04 Disember 2020)

10 Berita Pilihan - (04 Disember 2020)

Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI 7:45 [04/12/2020] - Kerajaan Perak tumbang | Empat lagi individu direman | Fokus pembelajaran di rumah

AWANI 7:45 [04/12/2020] - Kerajaan Perak tumbang | Empat lagi individu direman | Fokus pembelajaran di rumah

Jarum jam bergerak terlalu pantas. Kerana pembinaan semula negara sedang gigih digerakkan, buletin utama Astro AWANI kini bersiaran seawal 7.45 malam. Jangan lupa janji temu anda dengan kami di Saluran 501 AWANI!
5 perkara penting dalam sidang media KKM - 04 Dis 2020

5 perkara penting dalam sidang media KKM - 04 Dis 2020

Ini lima perkara penting yang dinyatakan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media hari ini berkaitan perkembangan terkini jangkitan COVID-19 di Malaysia.
[SIDANG MEDIA] Perkembangan jangkitan kes #COVID19 - 04 Dis 2020

[SIDANG MEDIA] Perkembangan jangkitan kes #COVID19 - 04 Dis 2020

Ikuti sidang media oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkenaan perkembangan terkini penularan wabak #COVID19 di negara ini.
5 perkara penting kenyataan media harian PKPP - 04 Dis 2020

5 perkara penting kenyataan media harian PKPP - 04 Dis 2020

Ini lima perkara penting yang dinyatakan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi kenyataan media berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pergerakan (PKPP) hari ini.
AWANI Ringkas: Kerajaan Negeri tumbang, MB Perak ditolak

AWANI Ringkas: Kerajaan Negeri tumbang, MB Perak ditolak